Isnin, 24 Oktober 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Perkasa beri amaran tegas

Posted: 23 Oct 2011 05:00 PM PDT

Perkasa beri amaran tegas

KUALA LUMPUR – Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) meminta umat Islam membuat aduan kepada Jabatan Agama Islam jika tahu mana-mana individu cuba menyampaikan dakyah sehingga boleh menyebabkan seseorang Islam murtad.

Setiausaha Agungnya, Syed Hassan Syed Ali berkata, aduan itu boleh dihantar kepada sekretariat Himpunan Sejuta Umat (Himpun) untuk tindakan.

"Masyarakat perlu ingat matlamat Himpun tidak terhenti setakat kelmarin sahaja, tetapi akan terus membanteras percubaan memesongkan akidah umat Islam," katanya pada sidang media di Pejabat Perkasa di sini, semalam.

Menurutnya, walaupun Himpun tidak mencapai sasaran seperti diharapkan (iaitu kira-kira 100,000 hadirin), namun perhimpunan tersebut paling berjaya kerana dapat menyaksikan pemimpin Umno dan Pas di atas satu pentas serta berjaya menyatupadukan umat Islam dari pelbagai lapisan masyarakat.

"Saya percaya ahli Umno, Pas dan Melayu dalam PKR menyokong Himpun tetapi atas kapasiti individu. Mereka harus akur dengan arahan pemimpin atasan mereka. Yang saya tidak faham mengapa mereka tidak dibenarkan berbuat demikian.

"Perhimpunan ini membuktikan kepada mereka di luar sana jangan sesekali cuba bertindak untuk memesongkan akidah umat Islam kerana Perkasa akan lantang menghalang golongan ini," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

Tidak sesuai ISA

Posted: 23 Oct 2011 05:00 PM PDT

Tidak sesuai ISA

SHAH ALAM- Peruntukan untuk melindungi sensitiviti agama dan kedudukan istimewa Islam tidak sesuai dimasukkan di dalam undang-undang baru bagi menggantikan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Ketua Kluster Governans, Perundangan dan Pengurusan Awam, Majlis Profesor Negara, Profesor Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmood berkata, ISA dibentuk khusus bagi menangani perkara yang mengganggu gugat keselamatan negara.

"Saya tidak melihat undang-undang baru itu boleh memperuntukkan perkara ini, kerana fokus utama adalah keselamatan negara.

"Bagaimanapun, undang-undang itu boleh digunakan jika ada perkara tertentu berlaku, seumpamanya, apabila ada ge�rakan cuba mengkristiankan orang Islam dan orang Islam bangkit menentang. Ini boleh menggugat keselamatan negara," katanya.

Semalam, Himpunan Sejuta Umat (Himpun) menyenaraikan 10 deklarasi yang memerlukan pemerhatian kerajaan bagi memelihara akidah umat Islam.

Pengerusi bersama Himpun, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, peruntukan untuk melindungi sensitiviti agama dan kedudukan istimewa Islam perlu diberi penekanan dan menjadi kandungan utama dalam dua undang-undang baru yang menggantikan ISA.

Katanya, peruntukan itu perlu bagi memastikan keharmonian agama dan kaum di Malaysia dipertahankan.

Tambah beliau, enakmen peringkat negeri untuk mencegah kes-kes murtad dalam kalangan Muslim tidak mencukupi dan perlu diperbaiki.

"Pihak berkuasa agama Islam seharusnya melihat kes-kes murtad dengan lebih serius.

"Kami merasakan kita tidak cukup serius dalam mengadakan penguatkuasaan," katanya selepas menutup gerakan Himpun di Stadium Shah Alam Sabtu lalu.

Menurut Nik Ahmad, di dalam Perlembagaan Persekutuan setiap negeri dibenarkan untuk membentuk enakmen yang boleh mencegah gerakan memesongkan akidah umat Islam, bagaimanapun dilihat kurang mendapat perhatian.

"Adalah lebih baik setiap negeri membentuk perundangan tersebut bagi mengekang usaha-usaha memesongkan akidah umat Islam," katanya.

Tambah beliau, ada negeri yang sudah ada perundangan itu tetapi tidak mengimplementasikannya.

"Mana-mana negeri yang sudah ada perlu memperkemaskan lagi perundangan tersebut supaya bersesuaian dengan keadaan semasa.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved