Rabu, 19 Oktober 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Full content generated by Get Full RSS.

Suami isteri cari rezeki curi kereta

Posted: 18 Oct 2011 05:00 PM PDT

Suami isteri cari rezeki curi kereta AMPANG – Sepasang suami isteri yang mencari rezeki secara haram melalui kegiatan mencuri dan menyamun kereta ditahan polis di kawasan parkir sebuah flat di Pandan Perdana, Rabu lalu.

Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah berkata, pasangan berusia 41 dan 32 tahun itu dipercayai aktif mencuri kereta sejak Jun tahun lalu, dengan modus operandi menggunakan kunci induk.

Menurutnya, kedua-dua suspek yang menaiki sebuah kereta jenis Proton Saga ditahan kira-kira jam 3.20 petang, selepas dilihat mencurigakan di kawasan tersebut. Hasil pemeriksaan, polis mendapati kenderaan dinaiki kedua-dua suspek itu adalah kereta curi.

Katanya, dalam kenderaan itu, polis turut menjumpai pelbagai barang antaranya sebuah komputer riba, lima peralatan elektronik, pelbagai jenis kunci kereta, pelbagai jenis pengecas telefon bimbit dan sebilah parang panjang berukuran 14 inci.

Menurutnya, kedua-dua suspek kemudian dibawa ke rumah mereka di kawasan itu dan polis merampas lima telefon bimbit, sembilan peralatan elektronik, tiga smart tag, sebuah beg mengandungi perkakasan logam, sebuah beg mengandungi pelbagai jenis jam tangan dan aksesori wanita, 31 geran kereta pelbagai jenis, empat salinan kad pengenalan berlainan individu, sekeping pasport tempatan, lima pasport pelbagai negara, empat bilah parang dan sebilah kapak.

"Hasil siasatan lanjut, kita (polis) temui sembilan kereta antaranya Mitsubishi Pajero, Proton Iswara, Proton Wira dan Toyota Corolla yang disembunyikan di merata tempat di kawasan parkir flat berkenaan.

"Enam daripada kereta berkenaan dicuri di negeri ini, manakala selebihnya di Kuala Lumpur," katanya pada sidang media di Balai Polis Pandan Indah di sini, semalam.

Leher lelaki dikelar

Posted: 18 Oct 2011 05:00 PM PDT

Leher lelaki dikelar KUALA LUMPUR – Mayat seorang lelaki warga Indonesia ditemui dengan kesan kelar di leher di kawasan tapak pembinaan di Taman Rimbunan, Kepong di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan berkata, seorang pekerja di tapak pembinaan itu menjumpai mayat lelaki yang belum dikenal pasti identiti itu kira-kira jam 7 pagi.

Katanya, pembunuhan lelaki berusia lingkungan 30-an itu berkemungkinan bermotifkan cemburu.

Dalam kes berasingan, seorang lelaki yang cuba menyelamatkan seorang wanita dirompak RM100 mengalami kecederaan akibat dilibas dengan pisau di mesin ATM di sebuah bank di Jalan Ipoh, kelmarin.

Zakaria berkata, kejadian tersebut berlaku kira-kira jam 9 malam dan mangsa cedera di bahu kiri dan dirawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

"Suspek dipercayai bertindak melibas mangsa selepas terkejut dengan tindakan mangsa yang nekad memukulnya menggunakan beg galas.

"Suspek kemudian merompak dua lelaki yang baru tiba di bank tersebut sebelum melarikan diri. Kita masih menyiasat kerugian kedua-dua lelaki itu," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved