Selasa, 18 Oktober 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Dua mayat bawah jambatan

Posted: 17 Oct 2011 05:00 PM PDT

Dua mayat bawah jambatan GERIK – Dua mayat lelaki warga Pakistan ditemui di bawah Jambatan Sungai Kenderong, di sini, semalam, dipercayai dibunuh dan dihumban dalam jarak ketinggian 18.3 hingga 21.3 meter, manakala seorang lagi ditemui dalam keadaan lemah.

Mayat berkenaan ditemui oleh dua orang penduduk berhampiran yang datang untuk berkelah terkejut apabila seorang lagi mangsa masih hidup melambai-lambai tangan meminta bantuan.

Ketua Polis Daerah Gerik, Superintendan Abd Manab Baharom berkata, kejadian berlaku di kilometer 8.9, Jalan Gerik menuju ke Kupang dan kesemua mangsa dipercayai dihumban ke tebing sungai berkenaan dari atas jambatan sejak empat hari lalu.

Menurutnya, ketika-tiga mangsa dipercayai bekerja dengan agensi pekerja asing di Klang dan dalam perjalanan menuju ke Pulau Pinang.

"Penduduk menjumpai mayat dan mangsa yang masih hidup kira-kira jam 12.30 tengah hari dan segera menghubungi pihak polis untuk meminta bantuan.

"Terdapat kesan tetakan pada dahi mangsa yang masih hidup tetapi sudah tidak bermaya untuk bercakap, manakala terdapat kesan cedera di bahagian tangan serta badan mayat.

"Kesemua mangsa dipercayai berusia dalam lingkungan 30-an dan mangsa yang lemah dalam keadaan nyawa-nyawa ikan itu dihantar ke Hospital Gerik untuk rawatan, manakala kedua-dua mayat diangkat dari lokasi kira-kira jam 6.15 petang bagi tujuan bedah siasat juga di hospital sama," katanya kepada pemberita ketika ditemui di lokasi kejadian.

Beliau berkata, punca kejadian dan motif pembunuhan masih belum diketahui dan siasatan masih dijalankan.

Berdasarkan motif awal siasatan katanya, ketiga-tiga mangsa kemungkinan disamun sebelum dihumban tetapi motif sebenar pembunuhan masih dalam siasatan.

"Lokasi kejadian jauh dari perumahan penduduk iaitu kira-kira 8 kilometer dan mangsa yang cedera parah terpaksa bertahan tanpa makanan dalam tempoh empat hari sebelum ditemui.

"Kepada individu atau sesiapa sahaja yang mempunyai maklumat mengenai kejadian diharapkan dapat menghubungi pihak polis untuk membantu siasatan," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

Nasib malang dua bayi

Posted: 17 Oct 2011 05:00 PM PDT

Nasib malang dua bayi Betong - Ke mana hilangnya perikemanusiaan? Dua bayi baru lahir menerima nasib berlainan apabila seorang dari mereka mati dengan kesan kelar di leher, perut serta belakang badan manakala seorang lagi ditinggalkan berteman kucing di hadapan rumah seorang penoreh getah.

Dalam dua kejadian berasingan itu, seorang bayi ditemui mati dengan kesan kelaran di bilik asrama perempuan sebuah sekolah menengah, di Betong, Kuching, Sarawak dipercayai baru sahaja dilahirkan tidak lebih 24 jam.

Pemangku Ketua Polis Daerah Betong ASP Hendry Nyuhai berkata, susulan kejadian itu, polis menahan seorang pelajar perempuan berusia 16 tahun pada jam 9.15 pagi semalam bagi membantu siasatan.

"Selepas menerima laporan daripada pihak sekolah, pasukan Jabatan Siasatan Jenayah Betong ke lokasi kejadian dan menemui seorang bayi perempuan yang sudah meninggal dengan beberapa kesan luka di bahagian leher, perut dan belakang badan," katanya di sini semalam.

Beliau berkata, mayat bayi malang itu ditemui terbaring bersebelahan katil pelajar perempuan berkenaan.

Katanya, polis turut merampas sebilah pisau yang ditemui disorokkan dalam selimut di tempat kejadian.

Pelajar perempuan itu dihantar ke Hospital Umum Betong bagi mendapat rawatan, manakala kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Sementara itu di :PARIT PANJANG, KEDAH: , seorang bayi lelaki dipercayai baru lahir, tidur ditemani seekor kucing, sewaktu ditemui selepas ditinggalkan di hadapan rumah seorang penoreh getah di Kampung Charuk Bakap, semalam.

Maimunah Bidin, 55, lebih dikenali sebagai Mak Tam menemui bayi berkenaan yang tidur di atas kerusi manakala kucing kesayangannya tidur di satu lagi kerusi, kelihatan seolah-olah menemani bayi yang tidak berdosa itu.

Maimunah berkata, pada kira-kira jam 12 tengah malam sebelum itu, dia memang ada mendengar bunyi tangisan bayi tetapi tidak mempedulikannya kerana menyangka tangisan anak jirannya yang berusia lapan bulan.

"Kira-kira jam 3 pagi, sekali lagi kedengaran tangisan bayi namun saya tidak memeriksa keadaan di luar rumah kerana bekalan elektrik terputus.

"Bagaimanapun, sewaktu anak saya sedang bersiap untuk ke sekolah, bunyi tangisan bayi masih lagi kedengaran, menyebabkan saya terus mengambil lampu suluh dan keluar mencarinya," katanya ketika ditemui :Sinar Harian.

Maimunah berkata, dia ternampak kaki bayi itu kerana wajahnya terselindung kain, bagaimanapun bayi itu didapati lengkap berpakaian dan dibalut dengan sehelai kain pelekat.

"Oleh kerana kesuntukan masa untuk menghantar anak ke sekolah, saya bergegas ke rumah jiran dan menyerahkan bayi itu sambil meminta pertolongannya supaya memaklumkan kejadian itu kepada polis," katanya.

Sementara itu, jiran Maimunah, Yuhanawati Wahab, 50, ketika ditemui berkata, kira-kira jam 6.30 pagi, jirannya itu datang memaklumkan penemuan bayi tersebut dan meminta menjaganya, sekaligus membuat laporan polis.

"Saya menghubungi polis kira-kira 10 minit kemudian. Sementara menunggu pihak berkuasa datang, saya bersihkan bayi berkenaan yang membuang air besar.

"Saya dapati bayi itu tidak dipakaikan lampin sebaliknya hanya dibalut dengan tuala kecil (tuala good morning) dan dipakaikan baju bayi berwarna merah jambu," katanya.

Kira-kira jam 7.50 pagi semalam, pegawai perubatan dari Klinik Kesihatan Parit Panjang membawa bayi malang itu untuk menjalani pemeriksaan lanjut di Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved