Isnin, 17 Oktober 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Full content generated by Get Full RSS.

Pemilik bas ditegah pindah milik harta

Posted: 16 Oct 2011 05:00 PM PDT

Pemilik bas ditegah pindah milik harta KOTA BHARU – Pemilik bas Ekspres Mutiara yang juga jutawan, Che Ibrahim Che Ismail, 56, tidak dibenarkan melakukan sebarang transaksi terhadap harta sepencarian dengan arwah isterinya tanpa kebenaran bertulis selepas beliau melafazkan aku janji itu di Mahkamah Tinggi Syariah, di sini, semalam.

Beliau membuat aku janji untuk tidak akan menjual, melupuskan dan memindah milik harta berkenaan yang dipercayai bernilai jutaan ringgit hasil perkongsian hidup dengan Allahyarham Paizah Mohd Yusoff, 49, di hadapan Hakim Syarie, Abu Bakar Abdullah Kutty.

Aku janji itu dibuat selepas 11 anak-anaknya menuntut satu perintah interim secara 'exparte' bagi menghalang bapa mereka melakukan sebarang transaksi terhadap harta sepencarian milik ibu mereka yang meninggal dunia pada 2008 selepas koma akibat kemalangan jalan raya, empat tahun sebelum itu.

Responden kini mempunyai dua anak kembar hasil perkongsian hidup dengan isteri barunya yang bekerja sebagai peguam selepas arwah Paizah koma beberapa bulan akibat kemalangan pada 2004.

Pada prosiding itu, hanya anak sulungnya Khalilullah, 31 dan anak keempatnya, Khairul Anam, 26, hadir mewakili adik beradiknya yang lain iaitu Tamtini, 30; Amalina, 29; Khairul Azhan, 28; Khairul Adnin, 24; Salsabila, 20; Siti Nahwan, 18; Muhammad Atifuddeen, 16; Muhammad Amar, 11, dan Nurul Aufa, 13 selaku pemohon.

"Harta-harta itu adalah harta sepencarian arwah ibu kami dan kami adik beradik mempunyai hak ke atasnya," kata Khairul Anam yang tidak diwakili peguam.

Selepas mendengar aku janji responden yang diwakili peguam syarie, Mohd Alawi Mohd Rosid, Khairul Anam meminta mahkamah merekodkan keterangan itu serta mengambil tindakan jika bapa mereka melanggar akuan berkenaan.

Abu Bakar kemudian memerintahkan Che Ibrahim berpegang kepada aku janji itu dan sebarang tindakan terhadap harta sepencarian berkenaan perlu mendapat kebenaran bertulis mahkamah.

Pada 2 Oktober lalu, 11 anak ahli perniagaan itu memfailkan tuntutan terhadap Che Ibrahim menuntut harta sepencarian milik ibu mereka bermula dari tarikh perkahwinan arwah dengan Che Ibrahim pada 22 Februari 1979 sehingga ibu mereka meninggal dunia pada 24 September 2008.

Harta tersebut dipercayai meliputi kawasan tanah di sekitar Kota Bharu, Gua Musang dan Kuala Lumpur, beberapa rumah banglo dan bangunan serta pegangan di dalam syarikat Ekspres Mutiara didaftarkan atas nama Mutiara Pahim Sdn Bhd.

Mahkamah kemudian menetapkan 22 November ini untuk pendengaran kes.

JPJ tumpu operasi motosikal

Posted: 16 Oct 2011 05:00 PM PDT

JPJ tumpu operasi motosikal MARAN - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di setiap negeri diarah untuk melakukan operasi tumpuan terhadap pengguna motosikal sejak awal bulan ini melalui sekatan jalan raya meliputi kawasan pedalaman dan kampung.

Timbalan Ketua Pengarah Pengangkutan Jalan, Datuk Ismail Ahmad berkata, tumpuan diberikan terhadap kumpulan itu yang merupakan penyumbang terbesar kemalangan jalan raya maka operasi berterusan akan dilakukan di seluruh negara.

Menurutnya, perkara itu turut mendapat reaksi Dewan Rakyat yang melahirkan kebimbangan apabila 62 peratus kemalangan jalan raya membabitkan penunggang dan pembonceng motosikal terutama pada musim perayaan.

"Pihak Kementerian Pengangkutan Malaysia mengarahkan JPJ supaya mengambil tindakan susulan menggunakan kaedah sedia ada bagi mengurangkan kadar kemalangan dalam kalangan pengguna motosikal.

"JPJ Negeri akan melakukan sekatan di semua jenis jalan raya dengan memberi tumpuan kepada pengguna motosikal melalui pemeriksaan menyeluruh," katanya kepada media selepas menyempurnakan Majlis Perasmian Penutup Program Satu Komuniti Satu JPJ (SKSJ) Daerah Maran di Sekolah Kebangsaan (SK) Kuala Sentul, di sini.

Ismail berkata, melalui akta baru, JPJ akan melaksanakan penguatkuasaan bagi pemeriksaan dan mengeluarkan saman ke atas pengguna motokar yang didapati menggunakan cermin gelap melebihi kadar ketelusan cahaya ditetapkan di semua jenis jalan raya termasuk di kawasan letak kenderaan.

Menurutnya, alat penguji baru dikenali sebagai Auto Light Plus digunakan bagi tujuan itu dan mengikut takrif jalan raya, laluan di kawasan kampung tradisional juga merupakan jalan raya serta tidak terkecuali tempat letak kenderaan.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved