Ahad, 16 Oktober 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Filipina sedia salur pembantu rumah

Posted: 15 Oct 2011 05:00 PM PDT

Filipina sedia salur pembantu rumah

KUANTAN – Kerajaan bersedia mengambil pembantu rumah dari Mindanao, Filipina untuk dijadikan pembantu rumah jika ada permintaan.

Timbalan Menteri Sumber Manusia, Senator Datuk Maznah Mazlan berkata, kerajaan Filipina kini menawarkan pekerjanya dari Mindanao yang berpendidi kan tinggi bukan sahaja sebagai pembantu rumah malah berkemahiran mengajar al-Quran.

"Pekerja dari Mindanao berbeza dari negara lain kerana mereka berpendidikan tinggi dan tidak tertumpu kepada pengkhususan kerja.

"Walaupun berkemahiran, namun gaji ditetapkan sekitar RM900 hingga RM1,000," katanya selepas merasmikan Karnival Kerjaya dan Keusahawanan, semalam.

Beliau berkata, gaji ditetapkan lebih rendah berbanding pembantu rumah dari negara lain.

Bagaimanapun katanya, kebergantungan kepada pekerja asing adalah tidak digalakkan dan kementerian kini sedang mengatur pelbagai perancangan bagi tujuan itu.

"Kita sudah ada panduan untuk pusat asuhan kanak-kanak di tempat kerja, tetapi kita akui bukan semua majikan boleh mewujudkan pusat itu.

"Justeru, kita menekankan kepada memperkukuhkan lagi pusat asuhan kanak-kanak komuniti supaya pekerja wanita dapat mengelakkan kebergantungan kepada pembantu rumah asing itu," katanya.

Kelmarin, Biro Ekonomi dan Pembangunan Usahawan Pemuda Umno Malaysia (BePu), menyarankan kerajaan mempertimbangkan pengambilan pembantu rumah dari Kemboja.

Pengerusinya, Datuk Sohaimi Shahadan berkata, langkah itu juga dapat mengurangkan kebergantungan bekalan dari Indonesia.

Menurutnya, secara tidak langsung kerajaan Malaysia dapat membantu umat Islam Kemboja yang hidup dalam kemiskinan meningkatkan taraf hidup mereka.

Full content generated by Get Full RSS.

Prestasi Pas dipuji tiada laporan audit

Posted: 15 Oct 2011 05:00 PM PDT

Prestasi Pas dipuji tiada laporan audit

KOTA BHARU- Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar mendakwa, Laporan Ketua Audit Negara tidak diberikan kepada ahli parlimen berikutan prestasi pemerintahan Pas Kelantan yang dipuji.

Menurutnya yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai, beberapa tahun kebelakangan ini, pentadbiran kerajaan negeri di bawah Pakatan Rakyat (PR) begitu baik.

"Sumber mengatakan faktor pujian diterima atas pentadbiran Kelantan bagi tahun 2010 lalu, menjadi antara punca utama, Laporan Ketua Audit Negara tidak diserahkan.

"Kita terkejut, apabila ia sepatutnya dibentangkan di Parlimen sebelum pembentangan belanjawan dibuat, kerana seperti kelaziman, ia perlu diserahkan terlebih dahulu supaya boleh dibawa bersama untuk perbahasan," katanya selepas menghadiri Forum Rakyat di Kompleks Balai Islam di sini, malam kelmarin.

Beliau berkata, salinan laporan tersebut sepatutnya diberikan supaya ia dapat dinilai sendiri oleh wakil-wakil rakyat.

"Ahli Parlimen wajib diberikan salinan supaya kita boleh menilai sendiri prestasi kerajaan negeri di bawah Barisan Nasional (BN) yang selalunya defisit berbanding dengan prestasi kerajaan negeri di bawah PR," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved