Rabu, 5 Oktober 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Konstabel dipenjara 7 tahun kes tembak

Posted: 04 Oct 2011 05:00 PM PDT

Konstabel dipenjara 7 tahun kes tembak

KUALA LUMPUR - Seorang konstabel polis dijatuhi hukuman penjara, tujuh tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini, semalam atas pertuduhan menembak isterinya tahun lepas.

Hakim Mohamad Sekeri Mamat menjatuhkan hukuman itu bermula semalam terhadap T. Ravindran, 31, selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan yang munasabah di akhir kes pembelaan.

Bagaimanapun, mahkamah membenarkan permohonan pembelaan agar pelaksanaan hukuman penjara itu ditangguhkan sehingga proses rayuan di Mahkamah Tinggi selesai dengan menaikkan jumlah wang jaminan daripada RM5,000 kepada RM10,000.

Ravindran didakwa menembak G.Prema, 25, menggunakan revolver.38 Smith & Wesson yang mengakibatkan kematian mangsa di Pantai Dalam, Brickfields, 9.40 malam pada 2 Mac tahun lepas.

Ravindran diwakili peguam bela, SM Narainasami Alagu didakwa mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan, membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Narainasami memohon mahkamah mengurangkan hukuman anak guamnya kerana beliau sudah berkhidmat dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) selama sembilan tahun. - Bernama

Geng kubur tumpas di jirat

Posted: 04 Oct 2011 05:00 PM PDT

Geng kubur tumpas di jirat KUALA LUMPUR – Selepas memecahkan cermin kereta dan melarikan barang berharga, dua lelaki menganggotai kumpulan geng kubur akan bersembunyi di tanah perkuburan Cina di Taman Connaught, Cheras.

Di situ, mereka berehat, mengagihkan hasil samun dan membuang barang tidak berharga.

Namun aktiviti santai itu, tumpas, 28 September lalu.

Ketua Polis Daerah Cheras, Mohan Singh Tara Singh berkata, kumpulan dianggotai dua lelaki tempatan, berumur 24 dan 25 tahun, itu aktif melakukan jenayah sejak awal tahun lalu dengan 23 kes di Cheras, Brickfields dan Petaling Jaya.

Menurutnya, satu pasukan khas diketuai Asisten Superintendan Nasri Mansor berjaya memberkas suspek, kira-kira jam 10 malam, di tanah perkuburan itu.

Suspek cuba melarikan diri dengan menaiki motosikal tetapi kenderaan tersebut terbabas lalu seorang suspek ditahan, manakala seorang lagi diberkas selepas berlari sejauh satu kilometer.

"Mereka mensasarkan kenderaan berhenti di persimpangan lampu isyarat, pembonceng akan menggunakan folk lock untuk memecahkan cermin kereta dan selepas itu mereka lari bersama barang berharga milik mangsa," katanya di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras, semalam.

Mohan Singh berkata, serbuan di rumah suspek di flet Sri Sabah menemui barangan seperti surat pajak gadai, kad pengenalan mangsa, kad bank dan telefon bimbit dan motosikal Yamaha LC 135.

"Kita sudah mendapatkan 11 barang kemas digadai suspek di beberapa premis pajak gadai," katanya.

Beliau berkata, kini mereka ditahan reman untuk siasatan mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan.

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved