Selasa, 4 Oktober 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Pendidikan Seks langkah atasi kes buang bayi

Posted: 03 Oct 2011 05:00 PM PDT

Pendidikan Seks langkah atasi kes buang bayi

SHAH ALAM – Sudah sampai masanya subjek pendidikan seks dimasukkan dalam kurikulum pembelajaran di sekolah berikutan peningkatan kes buang bayi dan gejala sosial dalam kalangan remaja yang semakin membimbangkan.

Demikianlah yang ditegaskan oleh Presiden Persekutuan Asean Bagi Kesihatan Psikiatri dan Mental (AFPMH), Prof Dr Mohamad Hussain Habil ketika diminta mengulas mengenai kes buang bayi yang dilaporkan media kebelakangan ini.

Menurutnya, pendidikan seks di sekolah dilihat sebagai satu langkah proaktif membendung kegiatan sosial remaja terutamanya kes buang bayi.

Beliau berkata, walaupun dilihat sebagai pengetahuan am, namun ada remaja yang tidak memahami implikasi yang mungkin berlaku jika mereka melakukan hubungan seks di luar nikah.

"Jika dilihat dalam kalangan remaja yang mengandung anak luar nikah itu tidak tahu yang dirinya sedang mengandung sehingga melahirkan anak.

"Kita perlu berani memberi pendidikan tentang implikasi dari sudut sains dalam kurikulum sekolah mengenai apa akan berlaku jika mereka melakukan hubungan intim," katanya kepada Sinar Harian semalam.

Pakatan umum belanjawan untuk rakyat RM220 bilion

Posted: 03 Oct 2011 05:00 PM PDT

Pakatan umum belanjawan untuk rakyat RM220 bilion

KUALA LUMPUR - Pakatan Rakyat mengumumkan peruntukan belanjawan sebanyak RM220 bilion dengan mengekang defisit pada kadar 4.4 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

Belanjawan itu adalah penjimatan RM14 bilion berbanding perbelanjaan kerajaan Barisan Nasional iaitu pada kadar defisit 6 peratus daripada KDNK, dengan rakyat mendapat 20 peratus nilai tambah.

Berikut intipati belanjawan yang dinamakan Belanjawan Sejahtera Rakyat yang dikemukakan di Dewan Rakyat hari ini:

-Bayaran bonus warga emas RM1000 setiap tahun kepada mereka yang layak dengan implikasi kewangan kepada kerajaan RM1.7 bilion.

-Pengumuman pengenalan gaji minima RM1,100 yang juga melibatkan kenaikan gaji kakitangan awam mengikut tangga gaji.

-Mencadangkan pemotongan belanjawan Perdana Menteri sebanyak RM 10 bilion dan dikembali kepada Kementerian lain.

-Lesen dan permit teksi akan di berikan terus kepada pemandu teksi dan tidak lagi secara konsesi.

-Lesen import AP akan dibuat secara lelongan dengan jangkaan menambah hasil negara sebanyak RM1.2 bilion berbanding amalan sekarang yang menguntungkan kroni.

-Bayaran bonus kepada suri rumah dan ibu yang layak sebanyak RM1000 setahun, dengan implikasi kewangan kepada kerajaan pusat sebanyak RM2 bilion.

-Tidak menggunakan tenaga perunding luar negara dan mengembalikan semula pengaruh kakitangan awam.

-Mengunjurkan RM26 bilion dividen dari petronas sebanyak RM4 bilion.

-Mengembalikan cukai eksais dan duti yang dibatalkan terhadap barangan mewah seperti seluar dalam berjenama dan beg tangan yang dimansuhkan kerajaan BN.

-Menumpukan pembangunan wilayah terutama pembinaan infra termasuk lebuhraya yang menghubungi Sabah dan Sarawak.

-Melakukan reformasi politik dan pentadbiran. Antara janji adalah laksanakan semua tuntutan BERSIH2.0, memansuh ISA, OSA dan AUKU.

-Jabatan Perdana Menteri akan di rombak. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan bertanggungjawab terus kepada Parlimen.

Pada dasarnya, Tujuh prinsip asas yang menjadi teras kepada Belanjawan 2012 Pakatan Rakyat adalah seperti berikut:

- Membantu rakyat dalam masa terdekat mengharungi suasana ekonomi yang semakin terhimpit.

- Menjamin kelangsungan kewangan negara dengan tumpuan khususnya untuk mengurangkan defisit.

- Menambahnilai perbelanjaan negara agar peruntukan benar-benar samapai kepada rakyat dengan memerangi rasuah dan penyelewengan.

- Memperkasakan keupayaan ekonomi rakyat dalam jangka masa sederhana dan panjang melalui rekayasa latihan teknikal, vokasional dan penggajian memartabatkan rakyat.

- Mengukuhkan lagi arus reformasi politik yang manjadi prasyarat dan pendinding dari anasir-anasir yang mahu membolot kekayaan negara untuk mereka dan kaum kerabat mereka sahaja.


Dipetik daripada blog Presiden KEADILAN, Datin Seri Wan Azizah

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved