Jumaat, 14 Oktober 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Full content generated by Get Full RSS.

Isteri gigit telinga minta maaf

Posted: 13 Oct 2011 05:00 PM PDT

Isteri gigit telinga minta maaf

KUALA LUMPUR – Wanita warga Vietnam yang didakwa bertindak ganas menggigit telinga hingga hampir putus dan menggugut untuk memotong kemaluan suaminya memohon maaf di atas semua perbuatan zalimnya terhadap warga emas itu.

Dia yang hanya mahu dikenali sebagai Thi Quang, 29, kembali ke pangkuan Chin Weng Seng, 61, kelmarin selepas melarikan diri sejak Khamis lalu.

"Saya minta maaf kepada suami. Saya sedar dan sangat menyesal. Saya juga masih sayangkan dia," katanya pada sidang media di Wisma MCA di sini semalam.

Pada masa sama Quang menceritakan, ketika kejadian itu, dia baru lepas minum arak dan telah berlaku perselisihan faham berikutan dia menolak permintaan suaminya untuk mengadakan hubungan seks.

Dalam kejadian itu, dia mengaku telah mengugut untuk memotong kemaluan suaminya dan telah menakut-nakutkan lelaki itu dengan mendakwa kononnya menghidap HIV tetapi tidak benar.

Weng Seng yang bekerja sebagai pemandu teksi sebelum ini mendakwa, hasratnya untuk mengakhiri zaman bujang bersama wanita dipilihnya melalui ejen tidak menjadi kenyataan sebaliknya dia menderita kerana isterinya itu seorang yang ganas.

Bagaimanapun, dalam pertemuan semalam, Weng Seng berkata, dia sedia memaafkan perbuatan isterinya dan yakin Quang tidak tergamak mengulangi perbuatan itu lagi kerana telah diberi amaran oleh polis sebelum ini.

Full content generated by Get Full RSS.

Pathmanabhan batal temu janji buka puasa

Posted: 13 Oct 2011 05:00 PM PDT

Pathmanabhan batal temu janji buka puasa

SHAH ALAM - Seorang saksi memberitahu bahawa bekas peguam, N Pathmanabhan membatalkan pertemuan untuk berbuka puasa dengannya pada petang 30 ogos tahun lalu iaitu hari sama jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain dipercayai dibunuh.

Rakan tertuduh pertama itu yang juga bekas Penolong Pesuruhjaya Polis Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Mohd Jamil Mohd Hassan, 79, berkata, Pathmanabhan memberita-hunya mempunyai urusan lain selepas menghubungi lelaki itu kali kedua pada jam 7.04 petang, 30 Ogos 2010.

"Pathmanabhan kata dia tidak datang kerana ingin menyelesaikan urusan. Dia kata akan datang pada malam itu tetapi tidak bagi tahu masa," katanya dalam perbicaraan kes itu di Mahkamah Tinggi di sini, semalam.

Mohd Jamil berkata, sebelum itu Pathmanabhan menghubunginya pada 1.30 petang, untuk berbuka puasa bersama dengannya.

"Pathmanabhan bagi tahu saya dia berada di Subang Jaya, jadi saya terima pelawaan itu memandangkan ada kelapa-ngan," katanya.

Mohd Jamil memberitahu mahkamah, dia mengenali Pathmanabhan selepas diperkenalkan rakanya Simon Kwong, dua tahun lalu.

Pathmanabhan, 42, bersama tiga pekerja ladangnya, T Thilaiyalagan, 20, R Matan, 21, dan R Kathavarayan, 31, dituduh membunuh Sosilawati, 47; pemandunya Kamaruddin Kamaruddin Shamsuddin, 44; peguam, Ahmad Kamil Abd. Karim, 32, dan pegawai CIMB, Noorhisham Mohammad, 38.

Pembunuhan didakwa di Lot No 2001, Jalan Tanjung Layang, Tanjung Sepat, Banting dekat sini antara jam 8.30 malam dan 9.45 malam, 30 Ogos tahun lalu.

Mohd Jamil berkata, bagaimanapun dia ada berjumpa dengan Pathmanabhan di Hotel Dorsett Subang Jaya, pada jam 10.15 malam itu.

"Pathmanabhan hubungi saya dan memberitahu dia sudah berada di situ. Apabila sampai, saya lihat dia seorang. Dia bagi tahu, adiknya meninggalkan dia kerana ingin berjumpa kawan," katanya ketika menjawab soalan Timbalan Pendakwa Raya, Ishak Mohd Yusoff ,

Mohd Jamil berkata, pertemuannya dengan Pathmanabhan hanya perjumpaan biasa dan tiada kaitan dengan urusan kerja.

"Ketika kami berjumpa tiada apa yang di bincangkan. Kami hanya berbual perkara yang biasa sambil makan," katanya.

Perbicaraan di hadapan Datuk Akhtar Tahir bersambung 1 November depan.

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved