Rabu, 19 Oktober 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Ketepikan politik demi Melayu

Posted: 18 Oct 2011 05:00 PM PDT

Ketepikan politik demi Melayu ALOR SETAR - Sudah tiba masa orang Melayu ketepikan perbezaan fahaman politik dan bersatu bawah perjua-ngan Islam untuk kelangsu-ngan ketuanan Melayu.

Presiden Pertubuhan Setiakawan Pembangunan Ummah Malaysia (Setiakawan Malaysia), Datuk Mat Nanyan Saad berkata, jika orang Melayu tidak bertindak sekarang, siapa lagi akan menyelamatkan mereka pada masa akan datang.

"Isu Perlembagaan dan institusi diraja disentuh pihak tertentu untuk tujuan tidak baik, malah kes murtad semakin banyak berlaku, sedangkan ia tidak sepatutnya berlaku di negara ini yang mengamalkan demokrasi," katanya.

Sehubungan itu, katanya, Setiakawan Malaysia menyokong penuh Himpunan Sejuta Umat yang akan diadakan 22 Oktober ini, kerana tidak mahu Islam diperkotak-katikkan.

"Saya ingin mengingatkan orang Melayu masih menjadi tuan di negara ini. Saya cabar sesiapa yang menidakkan ketuanan Melayu bersemuka dengan saya kerana ianya memang wujud," katanya.

Mat Nanyan berkata, sikap orang Melayu yang terlalu berlembut dalam semua perkara menyebabkan mereka ditindas bangsa lain, terutama mereka yang berkepentingan.

"Pemimpin Islam yang roh mereka dicemari unsur-unsur bercampur aduk antara Islam dan Barat, antara punca perjuangan mereka jauh terpesong daripada landasan sebenar Islam," katanya.

Menurutnya, tidak hairanlah terdapat pemimpin yang tidak lagi berpegang pada aja-ran Islam dalam mentadbir negara, termasuk melaksanakan perundangan Islam.

Mengulas mengenai keengganan segelintir parti politik menyertai perhimpunan ini ekoran tidak mahu seiring dengan musuh politik mereka dalam program itu, Mat Nanyan berkata, jihad dilaungkan adalah atas dasar Islam, bukannya dasar mana-mana parti politik.

"Jika atas nama Islam pun mereka masih enggan bersatu, ternyata parti politik sekarang sudah berjaya merosakkan Islam yang sebenar. Malah amalan demokrasi juga antara punca keretakan perpaduan ummah," katanya.

Pihaknya mencadangkan pemimpin negara meminda demokrasi sedia ada ke arah lebih Islamik dengan mewujudkan model baru demokrasi Malaysia berasaskan Islam.

"Kita tidak harus terima bulat-bulat model demokrasi dari negara luar. Semua parti politik perlu duduk berbincang mencari formula yang sesuai diamalkan di negara ini, selepas dibuat beberapa perubahan," katanya.

Katanya, semua ahlinya di seluruh negeri digalakkan hadir perhimpunan itu sebagai tanda sokongan.

"Walaupun keahlian kami sekitar 150 orang memandangkan baru ditubuhkan tahun lalu, namun kami tetap bagi komitmen terutama isu berkaitan kepentingan agama Islam dan orang Melayu," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

Anak bantah pelantikan Mohd Isa

Posted: 18 Oct 2011 05:00 PM PDT

Anak bantah pelantikan Mohd Isa

KUALA LUMPUR - Persatuan Anak Peneroka Felda (Anak) mendakwa pelantikan Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad sebagai Pengerusi Koperasi Permodalan Felda Berhad adalah tidak sah dan bermotifkan politik.

Presidennya, Mazlan Aliman berkata, jawatan Mohd Isa sekarang adalah lantikan secara kontrak dan beliau bukannya ahli koperasi.

Katanya, ahli koperasi adalah terdiri daripada peneroka, anak peneroka dan kakitangan Felda.

"Sebaliknya pada 22 Jun lalu, Mohd Isa dilantik menjadi ahli dan perkara ini tidak seharusnya berlaku kerana beliau tiada sebarang ikatan dengan peneroka, peneroka ataupun kakitangan Felda," katanya.

Mazlan berkata, turut menjadi persoalan, di mana dipercayai telah mengadakan satu mesyuarat lembaga pe-ngarah pada Ogos lalu, tanpa dihadiri Pengarah Besar Felda, Datuk Dzulkifli Abdul Wahab yang menunaikan umrah.

Menurutnya, dalam mesyuarat tersebut satu keputu-san penting dibuat iaitu mencagarkan keseluruhan tanah Felda Plantation kepada Felda Global Ventures Holdings Sdn Bhd (FGVH) selama 60 tahun.

"Keputusan ini tidak dimaklumkan kepada Dzulkifli sebelum dibawa kepada lembaga pengarah untuk bersetuju dengan tindakan itu.

"Anak akan membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dan membuat bantahan kepada Tribunal SKM atas pelantikan Mohd Isa," katanya.

Mazlan berkata, Anak mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk mengambil tindakan berhubung dengan pelantikan yang tidak sah itu.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved