Jumaat, 7 Oktober 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Empat rakan maut bertembung treler

Posted: 06 Oct 2011 05:00 PM PDT

Empat rakan maut bertembung treler MACHANG - Hasrat penuntut Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Kelantan, dekat sini, untuk pulang ke Johor menaiki kereta api keesokan harinya tidak kesampaian apabila empat rakan mereka maut kemalangan, semalam.

Ketua Polis Daerah Machang, Deputi Superintendan Che Malek Bedot berkata, kemalangan melibatkan sebuah kereta dan treler di Kilometer 4.2, Jalan Machang-Pasir Puteh, kira-kira 5.30 pagi itu mengorbankan empat penuntut UiTM, manakala seorang cedera ringan.

Menurutnya, pemandu kereta itu, Mohd Syamil Malik yang berasal dari Parit Jorak Elahi di sini dan rakannya Mohd Rizal Mohd Zain, dari Kluang, meninggal dunia di tempat kejadian.

"Manakala dua lagi rakan mereka Mohd Sazwan Rosli (Pahang) dan Mohd Faizuddin Jamil (Shah Alam,Selangor) meninggal dunia di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian.

"Sementara Mohd Haziq Zailani pula, cedera ringan dan diberi rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Machang. Kesemua mereka berusia 19 tahun," katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya, kereta dinaiki lima penuntut UiTM itu dipercayai melanggar bahagian tengah treler dari arah Pasir Puteh ke Machang ketika dalam perjalanan pulang ke universiti dari Kota Bharu.

"Empat maut dan seorang cedera ringan, manakala pemandu dan kelindan treler tidak cedera. Pemandu treler yang berusia 24 tahun itu ditahan bagi membantu siasatan. Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

"Orang ramai yang melihat kejadian tersebut diminta tampil bagi membantu siasatan," katanya.

Sementara itu, Pegawai Penjaga Balai Bomba dan Penyelamat Machang, Che Mohd Fauzi Che Omar berkata, pihaknya mengambil masa sejam mengeluarkan empat mangsa yang tersepit.

Katanya, operasi menyelamat melibatkan lapan anggota itu dimulakan pada jam 5.59 pagi, mengambil masa kira-kira 20 minit untuk mengeluarkan pemandu kereta yang tersepit kaki dan dada.

Sementara itu, seorang rakan mangsa, Alia Nor Mashitah Fadzil, 19, berkata, lima rakan sekelasnya itu dipercayai ke Pantai Cahaya Bulan, Kota Bharu bagi meluangkan masa bersama sebelum pulang ke kampung sempena cuti semester, semalam.

SMS terakhir buat ibu rasa pelik

Posted: 06 Oct 2011 05:00 PM PDT

SMS terakhir buat ibu rasa pelik BATU PAHAT – "Saya sayang mama, Ang akan balik kampung malam esok."

Itulah antara kandungan khidmat pesanan ringkas (SMS) terakhir salah seorang mangsa yang terbunuh dalam kemalangan yang mengorbankan empat penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) Machang di Kilometer 4.2, Jalan Machang-Pasir Puteh. jam 5.30 pagi semalam, kepada ibunya.

Ibu mangsa, Aisah Yusoff, 47, berkata, dia berasa pelik dengan SMS berkenaan daripada mangsa, Mohd Syamil Malek, 19, kerana kebiasaannya, anaknya akan menelefon termasuklah jika hendak berjalan-jalan dengan rakannya.

Katanya, SMS itu dikirimkan mangsa yang dipanggil Ang diterimanya kira-kira jam 10 malam selepas dia memasukkan tambah nilai telefon bimbitnya.

"Semasa saya memasukkan tambah nilai berkenaan, arwah menyatakan dia sedang berada di atas motosikal dan akan menghubunginya setelah tiba di kampus seperti biasa.

"Sejurus beberapa ketika, saya menerima SMS berkenaan daripada arwah dan saya berasa pelik di mana selalunya arwah akan menghubungi saya dan bercakap melalui telefon," katanya kepada Sinar Harian di rumahnya di Kampung Parit Jorak Elahi di sini, semalam.

Aisah yang bekerja sebagai jururawat di Hospital Batu Pahat berkata, arwah juga menghantar SMS yang menyatakan dia telah membeli tiket kereta api ke Kluang.

Katanya, arwah menyatakan dia sememangnya tidak mahu menaiki bas kerana terlalu bimbang kemalangan jalan raya sering kali berlaku terutamanya yang membabitkan bas.

"Dia juga ada memberitahu saya yang dia ada banyak perkara hendak diceritakan apabila tiba di kampung, tetapi hasratnya itu tidak kesampaian apabila dia maut dalam kemalangan ini," katanya.

Sementara itu, bapanya, Malek Mahmod, 56, yang merupakan pesara tentera laut berkata, Aidilfitri lalu adalah kali terakhirnya dia menjemputnya anaknya di stesen kereta api.

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved