Isnin, 10 Oktober 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Pemandu lori mati dibunuh

Posted: 09 Oct 2011 05:00 PM PDT

Pemandu lori mati dibunuh KARAK – Seorang pemandu lori mati dibunuh dengan kesan kecederaan di bahagian kepala dipercayai dihentak dengan kerusi berhampiran sebuah restoran dekat sini awal pagi semalam.

Pemangku Ketua Polis Daerah Bentong, Deputi Superintendan Mohamad Mansor Mohd Nor berkata, mangsa yang dikenali sebagai Mogandas, 29, mempunyai alamat di Jerantut dan bekerja sebagai pemandu lori di Kuala Lumpur.

Menurutnya, polis menerima aduan berhubung kejadian yang berlaku kira-kira jam 4 pagi itu dan hasil pemeriksaan menemui mayat mangsa dalam keadaan mengiring tidak jauh dari kereta Ford dipercayai miliknya.

"Terdapat kesan kecederaan di kepala mangsa dan cermin kereta tersebut turut pecah. Polis juga menemui serpihan kayu di dalam kenderaan terbabit dipercayai di-gunakan untuk memecahkan cermin, kenderaan itu," katanya kepada :Sinar Harian:.

Mohamad Mansor berkata, polis juga berjaya mengesan serpihan kerusi plastik di sekitar tempat kejadian.

Menurutnya, hasil siasatan dan maklumat orang awam, kira-kira jam 5.30 pagi, polis berjaya menahan empat orang lelaki berusia dalam lingkungan 20-an di kawasan berhampiran.

"Penahanan keempat-empat lelaki terbabit juga membawa kepada penangkapan tiga lagi lelaki yang sedang mendapatkan rawatan di Hospital Bentong akibat kecederaan di bahagian kaki, tangan dan kepala kira-kira jam 6.30 pagi.

"Selepas itu, dua lagi lelaki berjaya ditahan di sekitar kawasan Bentong yang mana dipercayai terlibat dalam kes pembunuhan itu," katanya.

Mohamad Mansor berkata, semua sembilan lelaki itu akan ditahan reman bagi membantu siasatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Menurutnya, polis masih menjalankan siasatan berhubung motif pembunuhan itu dan orang awam yang mempunyai maklumat diminta tampil memberi kerjasama.

Sementara itu, bapa mangsa yang dikenali sebagai Ganesan berkata, Mogandas adalah anak sulung dari enam adik beradik, tinggal di Kuala Lumpur dan bekerja sebagai pemandu lori.

"Kali terakhir saya bertemu dengannya ialah tiga bulan lalu apabila dia pulang ke kampung bercuti.

"Saya mendapat panggilan daripada saudara yang tinggal di kawasan ini berhubung kejadian itu kira-kira jam 7 pagi dan bergegas ke tempat kejadian," katanya.

Tiga maut, tunggang motosikal lawan arus

Posted: 09 Oct 2011 05:00 PM PDT

Tiga maut, tunggang motosikal lawan arus

SHAH ALAM – Gara-gara menunggang motosikal melawan arus, tiga lelaki termasuk dua beradik maut selepas kenderaan mereka bertembung dengan sebuah kereta di kilometer 2.7, Labuh Raya Damansara-Puchong, Petaling Jaya, awal pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 3.45 pagi, semua mangsa adalah orang asli dan mereka yang menunggang dua motosikal itu dipercayai dalam perjalanan dari Bukit Lanjan menghala Damansara Perdana.

Pegawai Turus Trafik Selangor, Deputi Superintendan Azmi Mansur berkata, mereka yang maut adalah Ngah Relup, 30 dan Mazlan Relup, 34, berasal dari Pahang serta Bah Juli Bah Muning, 29, berasal dari Perak.

"Kita percaya motosikal dinaiki mangsa berada di lorong paling kanan di laluan bertentangan lebuh raya itu untuk pulang ke rumah mereka di Damansara Perdana.

"Kedua-dua motosikal itu bertembung dengan sebuah kereta jenis Honda City, dipandu seorang remaja lelaki. Akibatnya, semua mangsa tercampak di atas lebuh raya dan maut di tempat kejadian, manakala pemandu kereta itu tidak cedera," katanya ketika dihubungi semalam.

Menurutnya, mayat ketiga-tiga mangsa dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya untuk dibedah siasat.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kemalangan itu diminta menghubungi balai polis berhampiran untuk membantu siasatan.

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved