Sabtu, 8 Oktober 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Saida sah cerai talak satu

Posted: 07 Oct 2011 05:00 PM PDT

Saida sah cerai talak satu KUALA LUMPUR - Penyanyi Saida sah bercerai talak satu, selepas menebus talak RM1,000 kepada suaminya, Mohd Ghazali Yahya Zikri di Mahkamah Rendah Syariah di sini, semalam.

Jumlah tebus talak tersebut diterima Mohd Ghazali, 40, selepas tiga majlis hakam (penimbang tara) sejak setahun lalu, bagi membantu menyelesaikan masalah rumah tangga mereka.

Ahli perniagaan itu yang kelihatan kecewa dengan keputusan tersebut, bagaimanapun enggan melafazkan cerai terhadap Saida, sebaliknya menyerahkan kepada wakil hakam iaitu pegawai mahkamah untuk berbuat demikian.

Pada prosiding tersebut, Hakim Mohd Suhaily Rosdi meminta kedua-dua belah pihak bersalam dan bermaafan, namun Mohd Ghazali mengatakan perkara itu tidak perlu dilakukan.

Bagaimanapun Saida atau nama sebenarnya Siti Norsaida Tarudin, 35, terus menemui suaminya dan menghulurkan tangan, tetapi ia tidak disambut, sebaliknya Mohd Ghazali berkata: "Sampai hati awak buat macam tu kat saya".

Prosiding perceraian itu juga tidak berjalan lancar dan agak terganggu disebabkan kedegilan Mohd Ghazali yang tidak mahu Saida membuat sebarang tuntutan terhadap harta dan anak-anak kerana mendakwa perceraian berlaku disebabkan kecurangan isterinya itu.

Sehubungan itu, Hakim Mohd Suhaily menyarankan kepada Mohd Ghazali supaya memfailkan permohonan lain sekiranya tidak berpuas hati dan rasa teraniaya kerana masing-masing berhak mendapat keadilan.

Walaupun berkali-kali diterangkan Mohd Suhaily, bahawa tuntutan tersebut boleh dibuat selepas bercerai kelak, Mohd Ghazali yang juga bekas jurutera kaji bumi seolah-olah tidak berpuas hati selagi kemahuannya tidak dipenuhi.

Mohd Suhaily kemudian berkata: "Saya masih hormati encik (Mohd Ghazali) dan tidak akan halau dari mahkamah ini.

"Jika ia berkaitan dengan harta mahkamah tiada masalah, sekiranya dipersetujui plaintif (Saida) tapi haram kalau pisahkan ibu dengan anak-anak mereka. Saya tidak boleh benarkan mahkamah buat begitu."

Sejurus selesai prosiding, Mohd Ghazali yang hadir bersendirian tanpa peguam terus meninggalkan mahkamah.

Saida yang diwakili Peguam Sy:arie Ahmad Nazib Johari juga enggan memberi komen.

Pasangan itu bernikah, 14 Disember 1996 di Kuala Lipis, Pahang dan dikurniakan empat cahaya mata iaitu Siti Nurunnyssa, 13; Anas, 11; Khalid, 7 dan Siti Nurul Mashitah, 4.

Pada 6 Oktober tahun lalu, Saida membuat permohonan cerai mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam 1984 atas alasan tiada persefahaman kerana dikongkong suaminya.

Mohd Ghazali pada masa sama membalas dakwaan tersebut dengan menuduh artis yang digilap bakatnya menerusi rancangan realiti, Akademi Fantiasa Ke-6 itu, curang dan mempunyai hubungan dengan lelaki lain.

Dalam perbicaraan sebelum ini, mahkamah turut dimaklumkan antara alasan Saida mahu bercerai, walaupun telah 15 tahun berumahtangga kerana Mohd Ghazali tidak menghormati arwah bapanya, Tarudin Ismail.

Gagal kawal nafsu, lelaki dijel 5 tahun

Posted: 07 Oct 2011 05:00 PM PDT

Gagal kawal nafsu, lelaki dijel 5 tahun

PETALING JAYA - Akibat gagal mengawal nafsu sarakah, seorang pengawal keselamatan dihukum penjara lima tahun dan satu sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini, semalam kerana merogol teman wanitanya.

Hakim Balqis Aini Mohd Ali menjatuhkan hukuman itu terhadap, Mohd Syaffiq Aziz, 25, selepas mengaku bersalah merogol teman wanitanya berumur 14 tahun, bulan lalu.

Mohd Syaffiq mengaku merogol remaja itu di rumahnya di Pangsapuri Vista Millenium, Bukit Puchong, di sini antara 28 Ogos dan 29 September lalu.

Dakwaan terhadapnya dikendalikan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan.

Timbalan Pendakwa Raya, Zhafran Rahim Hamzah memohon mahkamah memberikan hukuman setimpal yang dapat memberi pengajaran kepada lelaki itu.

Mohd Syaffiq pula merayu, diberikan hukuman ringan dengan alasan dia menyesal dan sanggup bertanggungjawab terhadap perbuatannya itu.

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved