Khamis, 6 Oktober 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Peniaga barang lusuh dicekup

Posted: 05 Oct 2011 05:00 PM PDT

Peniaga barang lusuh dicekup SHAH ALAM - Seorang peniaga barangan lusuh ditahan polis kerana memiliki sebanyak 10,642 biji pil eramin 5 dianggarkan bernilai kira-kira RM266,000.

Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk A Thaiveegan berkata, suspek lelaki warga emas itu ditahan di kawasan Ampang kira-kira jam 1 pagi Ahad lalu.

Menurutnya, semasa tangkapan dibuat, polis merampas sebanyak 1,000 pil erimin 5 yang dibawa suspek berusia 52 tahun itu.

"Pemeriksaan lanjut turut menemui sebanyak 42 biji pil sama dalam kereta suspek.

"Susulan itu, kita serbu rumah suspek di Taman Muda, Ampang dan menemui sebanyak 9,600 pil lagi dalam sebuah bilik di kediaman terbabit," katanya pada sidang akhbar semalam.

Menurutnya, polis percaya semua pil dirampas adalah untuk edaran di kelab-kelab malam.

Katanya, siasatan terperinci sedang dijalankan untuk mengenal pasti sama ada suspek turut terlibat dalam lain-lain kes jenayah, termasuk kaitan dengan ahli sindiket pengedaran dadah.

"Kita reman suspek selama seminggu bermula Isnin lalu bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya.

Sementara itu dalam kejadian berasingan, Thaiveegan berkata, pihaknya menahan lapan suspek lelaki berusia antara 17 hingga 34 tahun bagi membantu siasatan berhubung kes bakar dua kereta dan pecah lapan kereta di Bandar Sunway pada 30 September lalu.

Beliau berkata, tiga suspek berusia antara 26 hingga 34 tahun ditahan pada hari yang sama, manakala lima lagi suspek, berusia 17 hingga 24 tahun, ditahan semalam di Petaling Jaya, Subang Jaya, Puchong dan Kuala Lumpur.

"Siasatan awal mendapati kejadian berlaku berpunca daripada perselisihan faham antara dua kumpulan dari Bandar Sunway dan Bandar Kinrara, yang berlaku di sebuah pub di Petaling Jaya pada 29 September lalu," katanya.

Lelaki maut dibelasah ketika cuba samun

Posted: 05 Oct 2011 05:00 PM PDT

Lelaki maut dibelasah ketika cuba samun KUALA LUMPUR - Seorang lelaki Myanmar mati apabila dibelasah orang awam ketika cuba menyamun dua wanita rakyat China di Pasar Pudu di sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Zulkarnain Abdul Rahman berkata, dalam kejadian jam 8.30 malam itu, lelaki terbabit cuba melakukan samun bersama seorang lelaki yang juga rakan senegaranya.

"Dalam kejadian itu, suspek yang berumur dalam lingkungan 30-an turut mencederakan mangsanya menggunakan senjata tajam," katanya kepada Bernama selepas majlis pemakaian Pangkat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, di sini semalam.

Beliau berkata, sebelum kejadian kedua-dua mangsa wanita berusia 30 tahun itu berjalan di kawasan pasar sebelum ditahan oleh kedua-dua lelaki yang cuba menyamun beg tangan seorang daripada mereka.

"Mangsa kemudian menjerit meminta tolong. Kedua-dua suspek yang terkejut dengan tindakan mangsa cuba melarikan diri, tetapi seorang daripada mereka sempat ditangkap oleh orang awam," katanya.

Zulkarnain berkata, mayat lelaki terbabit dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat.

Terdahulu pada majlis itu, 66 anggota polis dari daerah Dang Wangi yang berpangkat Lans Koperal dinaikkan pangkat kepada Koperal manakala dua lagi anggota yang berpangkat Sarjan Mejar dinaikkan pangkat kepada Sub Inspektor.- Bernama

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved