Sabtu, 1 Oktober 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Sekolah aliran Inggeris tidak akan diwujudkan: Muhyiddin

Posted: 30 Sep 2011 05:00 PM PDT

Sekolah aliran Inggeris tidak akan diwujudkan: Muhyiddin SERDANG - Sekolah kerajaan aliran bahasa Inggeris tidak akan diwujudkan di negara ini, kecuali jika berlaku perubahan dalam Akta Pendidikan dan Dasar Pendidikan Negara, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyidin Yassin.

Katanya, sebagai Menteri Pelajaran, beliau bertanggungjawab melaksanakannya berdasarkan akta dan dasar itu yang antara lain menyatakan bahasa pengantar di sekolah kebangsaan ialah bahasa Melayu atau bahasa Malaysia.

"Kalau di sekolah swasta, itu lain ceritalah," katanya.

Muhyiddin berkata, bahasa yang lebih mudah diajar kepada anak khususnya di peringkat rendah adalah bahasa ibunda.

Beliau berkata, perkara itu dipersetujui pada mesyuarat lembaga eksekutif Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa Bersatu (Unesco) yang dihadirinya di Paris awal minggu ini.

"Sebab itu, orang Cina nakkan sekolah bahasa Cina, orang India nak dengan bahasa Tamil, begitu juga di Sabah dan Sarawak yang mempunyai pelbagai bahasa," katanya semasa menjawab pertanyaan pada sesi dialog bersama pelajar sempena lawatan kerja ke Universiti Putra Malaysia (UPM) di sini.

Muhyiddin berkata, usaha itu juga mampu memartabatkan bahasa Melayu yang menjadi bahasa kebangsaan dan pada masa sama penguasaan bahasa Inggeris terus dipertingkatkan.

"Saya bertanggungjawab dalam menggubal dasar, disebabkan itu ia masih hangat diperbincangkan sehingga kini, tetapi keputusan telah dibuat bukan sebab tidak suka bahasa Inggeris, tetapi kita mesti bersikap realistik.

"Ini kerana, terdapat pelajar, terutamanya di luar bandar langsung tidak tahu berbahasa Inggeris menyebabkan mereka sukar untuk menjawab soalan peperiksaan kerana lebih mahir dengan bahasa ibunda," katanya. - Bernama

Golongan Islam bakal kuasai kepimpinan negara ini: Mat Sabu

Posted: 30 Sep 2011 05:00 PM PDT

Golongan Islam bakal kuasai kepimpinan negara ini: Mat Sabu

ALOR SETAR - Golongan Islam bakal menguasai kepimpinan negara ini pada masa hadapan selepas sekian lama dikuasai golongan nasionalisme.

Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu berkata, sekiranya kesilapan golongan Islam pada zaman lalu dapat dibaiki, kemunculan Islam kali ini lebih hebat dan akhirnya kembali menerajui dunia.

Menurutnya, pandangan golongan Islam akan muncul menguasai dunia Islam pernah disuarakan seorang tokoh disegani, Dr Burhanuddin Al-Helmi sewaktu merasmikan Kongres Parti Islam pada 1956.

"Kita mesti tunjuk kehebatan apabila golongan Islam mengambil alih kepimpinan negara dan pentadbiran perlu lebih baik berbanding pada zaman golongan nasionalisme dan sosiolisme.

"Jangan biarkan orang berhaluan kiri mengatasi kita, terutamanya dari sudut pengorbanan, kerana mereka berkorban untuk dunia," katanya ketika menyampaikan motivasi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), di Ijtimak Pilihan Raya Pas Kuala Kedah, Kubang Rotan, kelmarin.

Hadir sama, Timbalan Pesuruhjaya Pas Kedah I, Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kubang Rotan, Mohd Nasir Mustafa.

Mohamad berkata, itulah tujuan utama untuk mendapatkan kuasa, memerintah negeri dan memerintah Persekutuan, bukan untuk mencari kemewahan atau mencari pangkat.

"Di dunia ketiga sekarang, pemerintahan sukar dijatuhkan melalui peti undi, melainkan melalui demonstrasi jalanan, kerana penipuan melalui sistem pengundian berleluasa.

"Perdana Menteri Bangladesh pernah membuat pengakuan rakyatnya juga boleh undi di Malaysia dan sekarang ini daftar pengundi di Selangor menjadi paling kotor apabila berpuluh ribu pendatang didaftarkan sebagai pengundi.

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved