Sabtu, 1 Oktober 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Kematian Aaliyah terbela

Posted: 30 Sep 2011 05:00 PM PDT

Kematian Aaliyah terbela SHAH ALAM – Kematian Aaliyah Aiman Hussin akhirnya terbela setelah teman lelaki ibunya yang didapati bersalah membunuh kanak-kanak tiga tahun itu dihukum gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini, semalam.

Mohannad Taha, 26, didapati bersalah membunuh Aaliyah Aiman di kediaman bernombor 9/D3/9, Palazzo Tower, Venice Hill Kondominium, Batu 9, Cheras, Hulu Langat, antara jam 7.30 dan 8.30 malam, 12 Oktober 2009.

Hakim, Datuk Abdul Alim Abdullah berkata, mahkamah berkeyakinan penuh bahawa pembelaan tertuduh tiada merit dan kosong serta tidak boleh diterima akal.

Aaliyah Aiman meninggal dunia selepas mengalami 34 kesan kecederaan pada tubuhnya termasuk kesan cubit atau dipulas pada bahagian kemaluan dan punca kematiannya akibat pendarahan subdural yang teruk kerana goncangan kuat.

Ibu kanak-kanak itu ialah teman wanita Mohannad, Ellina Maulad Mahather, 26, bekas seorang setiausaha di syarikat pembinaan.

Mohannad tidak bekerja dan tinggal bersama Ellina dan Aaliyah di kediaman itu. Keterangan Ellina menyatakan, Mohannad, individu terakhir bersama anaknya pada waktu kejadian.

Perbicaraan terhadap Mohannad dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Alfred Egin manakala Mohannad diwakili peguam, Hisyam Teh Poh Teik.

Amukan dua kumpulan samseng

Posted: 30 Sep 2011 05:00 PM PDT

Amukan dua kumpulan samseng SUBANG JAYA – Akibat pergaduhan antara dua kumpulan samseng, dua kereta dibakar manakala tujuh lagi dipecahkan cermin di PJS 7/15, Bandar Sunway dekat sini, pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.10 pagi itu, dua kereta jenis Honda Prelude dan sebuah Perodua Myvi yang diletakkan berhampiran sebuah pangsapuri kos rendah di sini dibakar manakala selebihnya rosak pada cermin dan beberapa bahagian lain akibat amukkan kumpu-lan terbabit.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Zainal Rashid Abu Bakar berkata, punca kejadian dipercayai akibat perselisihan faham antara ketua kumpulan samseng dengan sebuah lagi kumpulan samseng dari luar.

"Kumpulan yang datang menyerbu kawasan pangsapuri itu pagi ini (semalam) dipercayai mencari seorang lelaki berkemungkinan ketua sebuah kumpulan samseng, namun pencarian mereka dikatakan gagal.

"Hampa dengan pencarian itu, samseng terbabit kemudian bertindak membakar sebuah kereta menyebabkan api menyambar dan terkena kereta yang terletak bersebelahan. Kesemua kereta yang menjadi mangsa adalah milik penduduk di pangsapuri berkenaan" katanya.

Beliau berkata, kes akan disiasat di bawah Seksyen 435 kerana mencetuskan bencana dengan api.

Sinar Harian diberitahu terdapat sebilah parang dengan kesan darah di dalam salah sebuah kenderaan yang dipecahkan cermin dalam kejadian itu.

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved