Rabu, 12 Oktober 2011

SH

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Keliru kediaman jadi rumah ibadat

Posted: 11 Oct 2011 05:00 PM PDT

Keliru kediaman jadi rumah ibadat SUNGAI PETANI - Rumah kediaman yang dijadikan rumah ibadat kini semakin berleluasa hingga menimbulkan persoalan adakah ia dibenarkan oleh pihak berkuasa tempatan.

Penjawat awam yang enggan dikenali berkata, sebuah rumah kediaman di Taman Sri Putra di sini yang dijadikan rumah ibadat menyebabkan penduduk di situ tidak selesa.

Menurutnya, rumah ibadat di taman berkenaan sering didatangi penganut agama berkenaan untuk mengadakan upacara keagamaan sehingga menimbulkan kebimbangan penduduk.

"Rumah saya terletak berhampiran rumah ibadat itu. Saya bimbang memandangkan saya mempunyai anak kecil kerana takut terpengaruh dengan upacara keagamaan yang sering diadakan.

"Ini kerana ada dalam kalangan anak-anak penduduk sudah boleh mengikuti bait-bait yang diucapkan sepanjang upacara keagamaan diadakan sehingga kami sebagai ibu bapa takut anak terpengaruh," katanya.

Penjawat awam berkenaan berkata, dia sudah membuat aduan kepada pihak bertanggungjawab namun sehingga kini masih tidak diambil tindakan.

Menurutnya, rumah ibadat itu sudah beroperasi bertahun-tahun lamanya dan dia ingin pihak bertanggungjawab mengambil tindakan segera.

Sementara itu, di Taman Arked, penduduk meluahkan rasa tidak selesa kerana sebuah rumah di Lorong Fairuz 2 taman berkenaan dijadikan rumah ibadat.

Seorang peniaga yang enggan dikenali berkata, lorong berkenaan diduduki oleh pelbagai bangsa dan merupakan jalan utama penduduk.

"Setiap kali hujung minggu atau hari-hari tertentu, ramai yang mengunjungi rumah berkenaan yang dijadikan rumah ibadat untuk mengadakan upacara keagamaan.

"Ini menyebabkan kesesakan lalu lintas kerana mereka yang hadir meletakkan kenderaan di kiri dan kanan jalan. Kesesakan ini mengganggu penduduk yang lain dan sanak saudara yang datang bertandang," katanya.

Menurut peniaga berkenaan, rumah ibadat di taman itu sudah beroperasi hampir setahun namun dia tidak tahu kepada siapa untuk membuat aduan untuk diambil tindakan.

Tinjauan Sinar Harian mendapati seolah-olah menjadi trend masa kini apabila rumah kediaman dijadikan rumah ibadat seperti di Taman Aman, Taman Seri Pekula, Tikam Batu dan Taman Ria.

Pegawai Perhubungan Awam Majlis Perbandaran Sungai Petani Kedah (MPSPK), Zubaidah Hanoom Mohd Yusoff ketika dihubungi menjelaskan rumah kediaman dalam kawasan perumahan taman sememangnya tidak dibenarkan untuk dijadikan rumah ibadat.

"Setakat ini pihak MPSPK tidak pernah memberikan kelulusan kepada pemilik rumah kediaman untuk dijadikan rumah ibadat.

"MPSPK akan segera menyiasat perkara ini dan tindakan segera akan diambil berhubung aduan penduduk mengenainya," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

» selanjutnya...

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved