Ahad, 2 Oktober 2011

SH

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Tidak ada agihan tanah

Posted: 01 Oct 2011 05:00 PM PDT

Tidak ada agihan tanah RAUB – Tanah ladang yang diusahakan Felda Plantations tidak akan diagihkan seperti tindakan sesetengah pihak mengedarkan borang untuk memberikan tanah berkenaan kepada generasi kedua atau ketiga peneroka.

Menteri Besar, Datuk Seri Diraja Adnan Yaakob berkata, tindakan Persatuan Anak Peneroka Kebangsaan (Anak) dan Pakatan Rakyat (PR) mengedarkan borang itu adalah tidak wajar, karut serta tidak masuk akal.

Menurutnya, Kerajaan Negeri tidak pernah melantik mana-mana individu atau kumpulan sebagai wakil mengedarkan borang permohonan tanah, apatah lagi yang membabitkan tanah Felda Plantations milik Felda.

"Hanya kerajaan sahaja yang boleh berbuat demikian tetapi tidak akan melakukannya bagi melindungi aset yang menjadi sumber pendapatan Felda untuk manfaat peneroka secara keseluruhannya.

"Peneroka atau generasi kedua dan ketiga Felda jangan mudah terpedaya dengan taktik pembangkang yang bertujuan menarik sokongan serta undi menjelang pilihan raya," katanya kepada media pada Majlis Ramah Mesra Dewan Undangan Negeri (Dun) Tras di Dewan Jubli Perak Majlis Daerah Raub, kelmarin.

Adnan berkata, Pahang mempunyai keluasan 3.5 juta hektar tanah termasuk hutan, bukit bukau, kawasan tadahan air dan tanah ladang.

Katanya, sekiranya semua jumlah tanah itu dibahagikan dua hektar kepada 1.5 juta penduduk negeri ini, sudah pasti ia tidak mencukupi.

"Tanah Felda juga tidak cukup sekiranya ingin diagihkan kepada semua penduduk, ia adalah aset dan punca kewangan kepada Felda dan peneroka dan ia tidak boleh diusik.

"Sekiranya tanah Felda Plantations yang menjadi sumber kewangan kepada peneroka dan Felda diberikan kepada generasi kedua atau ketiga, peneroka tidak akan menerima pendapatan seperti dikecap hari ini," katanya.

Terdahulu, ketika berucap pada majlis itu, Adnan berkata, pemberian wang kepada golongan miskin, warga emas dan golongan sasar merupakan tanda ingatan serta keprihatinan kerajaan kepada golongan terbabit.

Katanya, kerajaan bukan memberi wang semasa Aidilfitri sahaja, malah turut memberinya pada perayaan Tahun Baru Cina dan Deepavali.

"Wang ini datang daripada hasil yang dibayar rakyat dan wajar ia dipulangkan semula kepada rakyat memerlukan menerusi pelbagai aktiviti sumbangan serta bantuan," katanya.

» selanjutnya...

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved