Rabu, 19 Oktober 2011

SH

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Pantau kedai 24 jam jual arak

Posted: 18 Oct 2011 05:00 PM PDT

Pantau kedai 24 jam jual arak HULU LANGAT – Premis yang menjalankan perniagaan 24 jam sehari di sekitar daerah ini dikenal pasti sebagai lokasi tumpuan untuk membeli arak kerana ia mudah diperoleh.

Pegawai Tadbir Agama/Pendaftar Kanan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) Daerah Hulu Langat, Moghni Asrori berkata, berdasarkan pemerhatian dan pemantauan yang dilakukan, premis perniagaan berkenaan menjadi pilihan kerana urusan pembelian lebih mudah berbanding lokasi lain.

"Keadaan ini sememangnya kita ambil maklum dan Jais juga sering mengadakan pemeriksaan secara berkala berdasarkan aduan yang dikemukakan oleh masyarakat setempat walaupun bidang kuasa kita agak terhad dari segi kebenaran menjual minuman keras berkenaan.

"Usaha pemantauan ke atas kedai yang dimaksudkan sedang kita laksanakan secara berperingkat dan berkala kerana kita perlu mengumpulkan maklumat serta bukti yang kukuh sebelum sebarang tindakan diambil," katanya ketika ditemui selepas Majlis Perasmian Kempen Anti Arak Peringkat Daerah Hulu Langat di Plaza Tol Grand Saga Batu 11, Kajang, semalam.

Menurutnya, sehingga tahun lepas terdapat 20 kes membabitkan kesalahan meminum arak secara terbuka dan bagi individu beragama Islam yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat dikendalikan oleh pihaknya.

"Berdasarkan rekod yang kita ada pada 2010, dianggarkan kira-kira 20 kes yang membabitkan kesalahan meminum arak bagi orang Islam yang terdiri daripada golongan telah berkeluarga dan juga golongan remaja.

"Keadaan ini amat mengecewakan kita kerana ia secara jelas sesuatu perbuatan yang haram bagi orang Islam dan kita akan terus melakukan pencegahan melalui ceramah dan kempen bersama komuniti setempat," katanya.

Mengulas mengenai program yang diadakan Moghni berkata, program seumpama ini akan diteruskan dari masa ke semasa dengan mengambil pendekatan yang berbeza dan bersesuaian dengan keadaan komuniti setempat.

"Mengikut perancangan kita akan mengedarkan risalah dan memberi penerangan kepada pelajar di kolej pengajian tinggi, kerjasama melalui pameran dengan komuniti setempat dan hebahan atau bacaan Khutbah semasa solat Jumaat.

"Kita harap melalui program seumpama ini ia akan memberikan kesedaran kepada masyarakat khususnya orang Islam tentang hukuman yang bakal ditanggung apabila minum arak," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

» selanjutnya...

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved