Isnin, 10 Oktober 2011

SH

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Full content generated by Get Full RSS.Full content generated by Get Full RSS.

Pembuat keropok lekor curi periuk

Posted: 09 Oct 2011 05:00 PM PDT

Pembuat keropok lekor curi periuk KUALA TERENGGANU - Siapa sangka, periuk turut menjadi barang 'buruan' bernilai bagi golongan panjang tangan yang terdesak untuk mendapatkan wang dengan cara mudah.

Ini terbukti apabila dua biji periuk milik Terengganu Equestrian Resort (TER) Kuala Ibai, di sini, 'dirembat' oleh seorang pembuat keropok lekor, Faizal Hisyam Mamat, 26, dari Kampung Padang Negara, Kuala Ibai, Kuala Terengganu, yang dihadapkan ke Mahkamah Majistret, di sini, semalam atas dakwaan melakukan kesalahan itu pada Khamis lalu.

Tertuduh yang masih bujang mengaku bersalah melakukan kesalahan mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun sama iaitu mencuri dua biji periuk besar pelbagai saiz milik TER pada 6 Oktober lalu, kira-kira jam 2.30 pagi.

Natijah pengakuan bersalah itu, Majistret, Abdul Hayyi Salim menjatuhkan hukuman sehari penjara dan denda RM1,000, dan jika gagal menjelaskan bayaran denda terbabit, tertuduh akan dipenjarakan selama sebulan bermula tarikh ditangkap.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh pada 6 Oktober lalu kira-kira jam 2.30 pagi di TER Kuala Ibai, telah mencuri dalam kawasan Padang Polo TER Kuala Ibai, dua biji periuk besar pelbagai saiz berjumlah RM200 milik TER Kuala Ibai.

Dia melakukan kesalahan di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan di baca bersama Seksyen 34 Kanun sama yang jika disabitkan kesalahan boleh dipenjara tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Pendakwaan dijalankan Pegawai Pendakwa Inspektor Miky Anak Dustan manakala tertuduh tidak diwakili peguam bela.

Berdasarkan fakta kes, tindakan tertuduh yang sedang menjinjing dua periuk besar di kawasan padang Polo TER Kuala Ibai, di sini, disedari pengadu, seorang pekerja buruh binaan warga Bangladesh, Hasmot Ali, 33, kira-kira jam 2.30 pagi, 6 Oktober lalu.

Pada awalnya, pengadu tidak mengesyaki apa-apa, namun setelah melihat tertuduh yang melarikan diri selepas menyedari tindakannya itu diperhatikan, pengadu bersama beberapa pekerja lain yang turut berada di lokasi kejadian mengejar tertuduh dan menangkapnya, lalu diserahkan kepada polis yang tiba tidak lama selepas itu.

Sebelum kejadian itu, iaitu kira-kira jam 11.30 malam, 5 Oktober lalu, pengadu telah merendam dua periuk berkenaan di luar bangunan dan hanya menyedari periuk itu telah dicuri selepas dimaklumkan seorang rakannya kira-kira jam 2.40 pagi pada 6 Oktober lalu.

» selanjutnya...

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved