Sabtu, 29 Oktober 2011

SH

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

'Jangan harap Langkawi'

Posted: 28 Oct 2011 05:00 PM PDT

'Jangan harap Langkawi' ALOR SETAR - Kerajaan Kedah digesa merangka program dan produk pelancongan lebih menarik selain tidak terlalu bergantung pada Pusat bagi meningkatkan sektor itu kerana ia dilihat semakin malap kebelakangan ini.

Menteri Pelancongan, Datuk Seri Dr Ng Yen Yen melahirkan kebimbangan itu berikutan jumlah pelancong ke Kedah merosot sejak 2008.

"Saya bimbang industri pelancongan di Kedah akan terjejas. Saya harap Kerajaan Negeri ambil berat perkara ini sebab ia sebahagian daripada sektor ekonomi yang memberi manfaat kepada banyak pihak," katanya pada sidang media selepas mengadakan lawatan kerja ke Balai Seni Alor Setar, semalam.

Hadir sama, Pengarah Muzium Negeri Kedah, Suhaidi Shukri.

Menurutnya, jumlah pelancong ke Kedah tahun lalu menurun kepada 2.7 juta berbanding 2009 seramai 3.8 juta. Malah sejak 2007, daripada 4.5 juta menurun kepada 3.8 juta pada 2008.

"Jumlah pelancong asing pada 2009 adalah 23 juta, dan meningkat kepada 24.6 juta tahun lalu. Namun mereka tidak datang ke Kedah dan memilih negeri lain antaranya Sabah dan Pulau Pinang," katanya.

Yen Yen berkata, Kedah perlu wujudkan lebih banyak produk pelancongan di tanah besar dan tidak hanya bergantung kepada Langkawi semata-mata.

"Jangan terlalu fokus pada Langkawi, ada banyak lagi produk pelancongan lain perlu diberi tumpuan. Kementerian buat perancangan induk untuk seluruh negeri tetapi negeri juga perlu ada perancangan sendiri untuk majukan sektor pelancongan," katanya.

Menurutnya, Kerajaan Negeri perlu mempunyai dasar dan pelan pelancongan komprehensif untuk melonjakkan semula sektor pelancongannya.

"Macam mana saya mahu promosikan Kedah jika tidak ada produk pelancongan, selain di Langkawi. Kerajaan Negeri perlu wujudkan produk dan syarikat swasta diberi peranan mewujudkan pakej pelancongan menarik, sebab itu Kedah perlu ada produk yang mencukupi," katanya.

Yen Yen turut menggesa Kerajaan Negeri mengadakan lebih banyak acara berkaitan pelancongan untuk menarik pelancong.

"Saya dapati tiada program menarik di tanah besar. Negeri perlu ada inisiatif sendiri, selain giatkan promosi bersama termasuk ke luar negara. Kementerian mempromosi negara ini selamat dikunjungi manakala negeri pula promosi produk untuk berdaya saing sesama negeri," katanya.

Mengulas mengenai Kampung Tradisional Gunung Keriang yang sehingga kini belum beroperasi walaupun penyerahan pusat budaya bernilai RM6.4 juta itu kepada Kerajaan Negeri dibuat sejak 2009, Yen Yen akui beliau kecewa.

"Pusat tidak boleh ambil alih pengurusan sebab sudah jadi milik Kedah. Tanggungjawab Pusat untuk bangunkan kawasan itu, namun saya kecewa hingga kini belum beroperasi. Jika Kedah tak mampu urus pelancongan dengan baik, tidak mustahil peruntukan akan datang diagih kepada negeri lain," katanya.

Menurutnya, Exco Pelancongan Kedah harus mengambil tindakan segera mengkaji semula industri pelancongan di negeri ini supaya dapat meningkatkan semula jumlah pelancong.

Beliau turut kecewa dengan jumlah kemasukan pelancong domestik ke Langkawi yang menurun sejak 2008 iaitu 2.1 juta orang berbanding 2.6 juta pada 2007. Manakala pada 2009 sebanyak 1.9 juta dan seterusnya 1.5 juta pada 2010.

Dalam perkembangan lain, Yen Yen berkata, pihaknya berusaha mewujudkan penerbangan terus Russia-Langkawi untuk menarik lebih ramai pelancong Rusia ke Malaysia.

"Pada 2010, 600,000 pelancong Rusia ke Thailand berbanding 37,000 ke Malaysia. Mungkin akhir tahun ini kita wujudkan penerbangan terus ke Langkawi kerana tiada satu pun penerbangan terus dari Russia ke negara ini," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

» selanjutnya...

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved