Khamis, 20 Oktober 2011

SH

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Tukar kerusi hanya pandangan peribadi

Posted: 19 Oct 2011 05:00 PM PDT

Tukar kerusi hanya pandangan peribadi KUANTAN - Parti komponen Barisan Nasional (BN) Bahagian Indera Mahkota kesal dengan kenyataan yang dikeluarkan Pengerusi MCA Bahagian Kuantan, Datuk Ti Lian Ker berhubung tawaran pertukaran kerusi Parlimen Kuantan kepada UMNO dan kerusi Parlimen Indera Mahkota diserahkan untuk ditandingi MCA.

Pengerusi BN bahagian, Datuk Mohd Hazmi Yusof berkata, Lian Ker tidak sepatutnya memberikan kenyataan media kerana sebarang urusan pertukaran kerusi perlu dilakukan di peringkat pucuk pimpinan parti.

"Namun itu pandangan peribadi beliau dan bukan mewakili parti. Sepatutnya kita kena bekerja keras selain berkhidmat untuk rakyat bagi merampas kembali kerusi itu pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 nanti.

"Lagipun kenyataan beliau itu juga boleh merosakkan hubungan antara parti komponen yang ada," katanya kepada pemberita dalam sidang media bersama wakil komponen BN bahagian itu di sini, semalam.

Muka depan Sinar Harian semalam menyiarkan kesediaan MCA Kuantan untuk menukar kerusi Parlimen Kuantan dan namun dengan syarat, kerusi lain dalam daerah itu diberikan terhadap parti itu kerana bahagian tersebut melaporkan pengundi keturunan Tiong Hua memerlukan wakil rakyat dari kaum.

Beliau yang juga Ketua UMNO bahagian itu berkata, semua parti komponen BN di bahagian itu selesa dengan kedudukan dan komposisi kerusi yang ada sekarang iaitu Indera Mahkota untuk UMNO dan Kuantan (MCA).

"Biar masing-masing buat kerja dan dinilai rakyat (pengundi), kita masih ada masa untuk berkhidmat sehingga PRU dan bukannya rebut kerusi kerana perkara ini boleh menimbulkan masalah bila PRU diadakan.

"Setakat ini kita melihat momentum sokongan rakyat semakin baik dan sebarang urusan pemilikan kerusi tidak dapat kita tentukan kerana ia urusan pucuk pimpinan parti," katanya.

Ditanya tindakan Lian Ker mengeluarkan kenyataan itu, Hazmi memberitahu ia berikutan timbul kemungkinan kerusi Parlimen Kuantan bakal diserahkan kepada UMNO.

Menurutnya, ramai tidak tahu hubungan UMNO Bahagian Kuantan dan Indera Mahkota umpama adik-beradik walaupun sudah dipecahkan mengikut sempadan masing-masing.

"Kita berharap selepas ini tidak lagi timbul kenyataan sebegini kerana ia boleh jejaskan parti, kita bukan nak mencari masalah tapi nak selesaikan masalah," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

» selanjutnya...

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved