Rabu, 12 Oktober 2011

SH

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Full content generated by Get Full RSS.Full content generated by Get Full RSS.

Terlepas tali gantung

Posted: 11 Oct 2011 05:00 PM PDT

Terlepas tali gantung IPOH – Selain menangis tanda gembira, pasangan suami isteri yang terlepas daripada hukuman gantung sampai mati turut meluru memeluk anak bongsu mereka, Nurul Ain Nadrah, 9, yang sedia menunggu di luar bilik mahkamah selepas bersalaman dengan peguam, Terance Naidu.

Pasangan itu bagaimanapun, dilepas tanpa dibebaskan dari tuduhan mengedar dadah oleh Mahkamah Tinggi di sini, semalam.

Peniaga, Naimuddin Nordin dan isterinya, Halimatun Zahari masing-masing berusia 54 tahun kelihatan terharu dan menangis kegembiraan sejurus Hakim Datuk Zainal Adzam Abd Ghani membacakan penghakimannya.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Azizah Ahmad memberitahu, dia diarahkan untuk memohon kepada mahkamah supaya dilepas tanpa dibebaskan kedua-dua tertuduh terhadap semua pertuduhan.

Kedua-dua mereka dituduh secara berasingan mengedar kanabis seberat 416.2 gram di sebuah rumah tidak bernombor di Labu Kubong, Chenderong Balai, Teluk Intan pada jam 9.30 pagi, 29 April 2010.

Pasangan terbabit dibicarakan di bawah Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 39B(2) akta sama yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati.

Naimuddin dan Halimatun juga dituduh secara bersama mengedar ganja seberat 147.6 gram pada waktu, tarikh dan lokasi yang sama. Mereka dituduh di bawah Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya 1952dan boleh dihukum mengikut Seksyen 39A(2) akta yang sama.

Sabit kesalahan, mereka boleh dihukum penjara seumur hidup serta 10 sebatan.

Sementara itu, di luar mahkamah, Terance berkata, pihaknya telah memohon untuk mencabar kebolehpercayaan keterangan saksi utama iaitu pegawai yang mengetuai serbuan di rumah tertuduh pada hari terakhir perbicaraan, kelmarin.

"Hari ini (semalam) ditetapkan sebagai tarikh mendengar permohonan mencabar kebolehpercayaan saksi tetapi, pihak pendakwaan sendiri memohon mahkamah untuk dilepaskan tanpa dibebas.

"Pada awal perbicaraan, pegawai berkenaan mendakwa pada waktu dan tarikh sama semasa serbuan, beliau berada di ibu pejabat Polis Perak Tengah dan bukan di Teluk Intan.

"Kredibiliti beliau sebagai saksi dipersoalkan. Justeru, pihak pembelaan telah memohon mencabar kesahihan saksi itu," katanya kepada Sinar Harian.

» selanjutnya...

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved