Khamis, 27 Oktober 2011

SH

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Tauke premis keras kepala

Posted: 26 Oct 2011 05:00 PM PDT

Tauke premis keras kepala SUBANG JAYA - Tidak sampai seminggu sebuah premis menjual cakera video digital (DVD) di pangsapuri Angsana USJ 1, di sini diserbu pihak berkuasa, kelmarin premis sama sekali lagi diserbu atas kesalahan sama.

Tindakan keras kepala pengusaha pusat DVD tanpa lesen itu turut mengundang padah kepada pekerjanya yang ditahan Pegawai Penguat kuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) kerana menjual DVD lucah.

Jurucakap Jabatan Penguatkuasaan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) berkata, premis terletak di tingkat bawah pangsapuri di Subang Mewah itu sudah dikenakan tindakan sitaan pada Khamis minggu lalu.

Seolah-olah ingin mencabar pihak berkuasa, pengusaha kemudian membuka kembali kedai seperti biasa pada keesokan harinya tanpa rasa bersalah.

Sinar Harian difahamkan mengikut rekod, premis sama pernah diserbu dan disita lebih tiga kali sebelum ini, namun dikatakan pemilik masih berdegil menjalankan urus niaga tanpa kelulusan pihak berkuasa.

"Tidak sampai satu hari disita dan barangan dalam kedai dirampas Khamis lalu, pengusaha membuka kembali perniagaan haram berkenaan dengan sewenangnya keesokan hari.

"Atas maklumat orang awam dan pemeriksaan dijalankan mendapati kedai itu dibuka semula sebelum serbuan dilakukan dengan kerjasama pegawai daripada KDN," katanya.

Operasi diketuai Pegawai Penguat Kuasa MPSJ, Mazrul Zahar Mohd dan Penolong Pegawai Penguat Kuasa Kanan, Bahagian Kawalan Filem dan Penguatkuasaan KDN Selangor, Fazi Amar Ahmad Suhimi.

Hasil siasatan mendapati, premis berkenaan masih menjalankan perniagaan tanpa lesen sah daripada MPSJ.

Ketika serbuan dibuat, seorang lelaki yang mengaku bekerja di premis itu ditahan sebelum diserahkan kepada KDN.

Sebanyak 809 keping DVD dan VCD pelbagai tajuk dirampas termasuk 90 keping DVD lucah.

Premis disita dan ditutup di bawah UUK 3 Undang-Undang kecil Perlesenan Tred Perniagaan dan Perindustrian MPSJ 2007 kerana menjalankan perniagaan tanpa lesen daripada MPSJ.

Selain denda maksimum sebanyak RM 1,000, pengusaha turut berdepan tindakan di bawah Seksyen 18 (4) kerana mempamerkan filem tanpa perakuan B dan Seksyen 5(1) a Akta Penapisan Filem 2002 kerana memiliki filem lucah.

Full content generated by Get Full RSS.

» selanjutnya...

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved