Ahad, 2 Oktober 2011

SH

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

DAP bentang 22 resolusi

Posted: 01 Oct 2011 05:00 PM PDT

DAP bentang 22 resolusi IPOH – DAP negeri akan membentangkan 22 resolusi untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 pada Konvensyen Tahunan DAP Negeri ke-16 yang akan berlangsung Ahad depan.

Setiausaha Publisiti DAP Negeri, Wong Kah Woh berkata, konvensyen itu akan membawa isu meliputi polisi negara dan Pakatan Rakyat (PR) serta kepentingan rakyat dalam politik, ekonomi, pendidikan dan agama.

Menurutnya, DAP negeri juga akan mengumumkan tema 'We Can, We Must, We Will' pada pilihan raya akan datang.

"Antara resolusi yang akan dibentangkan oleh jawatankuasa DAP Negeri adalah bermula dari titik hitam sejarah negeri dan keadilan Teoh Beng Hock. Selain itu, mendesak kerajaan Barisan Nasional (BN) memansuhkan pelbagai akta antaranya Akta Rahsia Rasmi, Akta Percetakan dan Penerbitan dan Akta Kerajaan Tempatan 1960.

"PR juga berjanji akan mempertahankan kebajikan rakyat dengan pemberian hak milik kekal untuk Rancangan Kampung Tersusun dan Kampung Baru Cina jika kembali memerintah. Kita juga menyokong untuk meneruskan polisi pemberian tanah untuk menampung keperluan bukan Islam," katanya di Wisma Dap Negeri di sini, semalam.

Sidang media itu dihadiri Timbalan Pengerusi DAP Negeri, V Sivakumar dan Bendahari DAP Negeri, Lim Pek Har.

Kah Woh yang juga Adun Canning berkata, konvensyen itu akan menerima kehadiran lebih 980 wakil dari 140 cawangan negeri ini.

"Ia merupakan konvensyen negeri terakhir untuk DAP Perak sebelum berlangsungnya PRU ke-13 yang akan diadakan dalam bila-bila masa. Ia akan dirasmikan oleh Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan Pengerusi DAP negeri, Datuk Ngeh Koo Ham akan menyampaikan ucapan dasar DAP untuk satu tahun akan datang.

"Perwakilan yang hadir akan beri semangat berterusan selain menunjukkan kekuatan dan hubungan ahli parti yang kuat," katanya.

» selanjutnya...

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved