Rabu, 5 Oktober 2011

SH

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Botol susu ‘babi care’

Posted: 04 Oct 2011 05:00 PM PDT

Botol susu 'babi care' RANTAU PANJANG – Seorang nenek yang membawa cucunya berusia dua tahun ke kenduri di sini semalam terkejut apabila ditegur botol susu tertera perkataan "babi care" dan bukannya "baby care".

Nenek 52 tahun itu berkata, dia tidak sedar kewujudan perkataan tersebut pada botol susu yang baru sahaja dibeli anak perempuan berusia 26 tahun itu untuk cucunya, mempunyai perkataan yang membawa maksud lain daripada sepatutnya.

Menurutnya, botol susu tersebut baru digunakan cucunya kerana sebelum ini dia menggunakan botol kaca.

"Sejak membelinya beberapa minggu lepas tidak ada seorang ahli keluarga sedar wujudnya perkataan itu pada botol susu tersebut.

"Selepas ini saya akan membuangnya kerana sepatutnya botol susu tersebut ditulis dengan perkataan 'baby care' dan bukannya 'babi care' yang membawa maksud haiwan yang haram bagi orang Islam," katanya kepada pemberita petang semalam.

Nenek terbabit berkata, sekiranya tidak ditegur dalam majlis tersebut, dia mungkin belum sedar wujudnya perkataan 'babi care' pada botol susu itu yang dipercayai dibeli di sempadan dan datangnya dari negara jiran.

Sementara itu, seorang wanita yang turut ke kenduri tersebut, Rohana Yusof, 49, berkata, dia terkejut melihat tulisan di botol susu bayi dua tahun itu.

Menurutnya, dia mempunyai enam anak dan yang sulung berusia 32 tahun tetapi tidak pernah melihat botol tertera perkataan sedemikian.

"Saya berharap, selepas ini, ibu bapa lebih peka ketika membeli botol susu untuk anak-anak mereka kerana maksud perkataan tersebut merujuk kepada haiwan," katanya.

» selanjutnya...

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved