Jumaat, 7 Oktober 2011

SH

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Awas jika buat kacau

Posted: 06 Oct 2011 05:00 PM PDT

Awas jika buat kacau KUALA TERENGGANU – Ketua Polis Terengganu, Datuk Jamshah Mustapa, mengesahkan kawalan keselamatan di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, di sini, akan dipertingkatkan sepanjang berlangsungnya perlawanan suku akhir Piala Malaysia membabitkan dua jaguh bola sepak Pantai Timur iaitu Terengganu bertemu Kelantan pada 10 Oktober ini.

Selain itu, pihak polis juga tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap mana-mana penonton yang cuba menimbulkan suasana tegang sama ada sebelum atau selepas berlangsungnya perlawanan tersebut.

Katanya, anggota polis daripada pelbagai unit termasuk Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) akan ditempatkan bagi mengawal keadaan luar dan dalam stadium bagi memastikan tidak berlaku sebarang perkara tidak diingini nanti.

"Pemeriksaan rapi pada badan dan beg setiap penonton akan dilakukan di pintu masuk stadium bagi mengesan kemungkinan ada penyokong yang membawa masuk barangan berbahaya seperti mercun atau senjata tajam.

"Saya menyeru penyokong kedua-dua pasukan supaya tidak menimbulkan sebarang provokasi yang boleh mencetuskan ketegangan dan pergaduhan," katanya ketika dihubungi, di sini.

Berdasarkan rekod sebelum ini, perlawanan membabitkan kedua-dua seteru utama pasukan bola sepak itu sering mengundang suasana kurang enak dalam kalangan penyokong fanatik kedua-dua pasukan dan dengan adanya kawalan ketat keselamatan diharap mampu mengekang suasana panas tersebut.

Sementara itu, Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said, dalam kenyataannya kepada media sebelum ini turut mengingatkan penyokong supaya tidak mengulangi perbuatan membaling objek ke dalam padang ketika perlawanan berlangsung nanti seperti mana yang berlaku ketika Terengganu menentang Negeri Sembilan pada perlawanan peringkat kumpulan Piala Malaysia di Stadium Sultan Nasiruddin Shah malam Isnin lalu, yang menyebabkan perlawanan tertangguh seketika.

» selanjutnya...

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved