Sabtu, 22 Oktober 2011

SH

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Koo Ham lapor SPRM

Posted: 21 Oct 2011 05:00 PM PDT

Koo Ham lapor SPRM MERU RAYA – Pengerusi DAP, Datuk Ngeh Koo Ham bertindak membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam, supaya menjalankan siasatan terperinci ke atas sejumlah 27,401 hektar tanah yang diluluskan Kerajaan Negeri dari 2009 hingga Julai tahun ini.

Antara tanah yang diluluskan Kerajaan Negeri sepanjang dua tahun itu termasuklah kuari, lombong, perumahan dan industri/pertanian.

Beliau yang juga Adun Sitiawan berbuat demikian kerana mendakwa Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir enggan mengumumkan serta menyenaraikan nama penerima tanah berkenaan.

Koo Ham turut mendakwa berlaku penyelewengan bagi tanah industri/pertanian yang diluluskan dengan harga RM375 bagi 0.4 hektar.

"Jika dilihat pada harga pasaran, sehektar tanah di Perak bernilai sekurang-kurangnya RM20,000.

"Oleh itu, jika 24,224 hektar dijual secara lelong terbuka, Kerajaan Negeri akan menerima wang kira-kira RM1.2 bilion," katanya ketika ditemui di perkarangan pejabat SPRM, semalam.

Hadir sama, Adun Buntong, A Sivasubramaniam dan Adun Tebing Tinggi, Ong Boon Piow.

Dalam perkembangan sama, Koo Ham berkata pada 17 Oktober lalu, Zambry melalui satu kenyataan media menjelaskan bahawa tanah-tanah berkenaan diluluskan kepada Majlis Agama Islam Perak (Maipk), sekolah persendirian Cina (SUWA), Yayasan Perak dan agensi serta syarikat milik Kerajaan Negeri secara nominal.

"Saya percaya jumlah tanah yang diluluskan kepada pihak yang dinyatakan adalah sebahagian kecil sahaja manakala selebihnya berkemungkinan diberikan kepada kroni.

"Sehubungan itu, bagi memastikan ketelusan terhadap perkara berkenaan saya membuat laporan kepada SPRM agar tiada salah guna kuasa atau penyelewengan berkaitan isu tanah ini," katanya.

Sementara itu, Koo Ham berkata beliau tidak akan menarik balik sebarang kenyataan yang dikeluarkan mengenai isu berkenaan.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung kenyataan Zambry pada Mesyuarat Exco Rabu lalu, yang memberi tempoh 24 jam kepadanya untuk memohon maaf dan menarik balik kenyataan media yang dikeluarkan.

"Semua perkara yang dilakukan ini adalah berdasarkan fakta dan bukti yang kukuh. Kami tidak gentar dan akan terus memperjuangkan perkara ini demi menjaga kepentingan rakyat.

"Jika terpaksa berhadapan dengan tindakan undang-undang sekalipun kami sudah bersiap sedia untuk menghadapinya kerana yakin kami di pihak yang benar," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

» selanjutnya...

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved