Isnin, 24 Oktober 2011

SH

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Lima kementerian dinilai

Posted: 23 Oct 2011 05:00 PM PDT

Lima kementerian dinilai IPOH – Kumpulan lima kementerian, antaranya Kementerian Kewangan dan Kementerian Pelajaran akan dinilai melalui tahap pencapaian bagi penyediaan bajet 2013.

Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata, keputusan itu diambil bagi memastikan prestasi semua kementerian berkembang mengikut pelan Program Transformasi Ekonomi (ETP).

"Model ini diambil dari beberapa negara termasuk Australia, New Zealand dan Singapura, di mana sebuah unit di Kementerian Kewangan ditugaskan untuk mengkaji dan menyiapkan kriteria yang perlu dilepasi lima kementerian ini.

"Penilaian akan dibuat melalui kriteria yang ditetapkan dan kita tidak lagi berdasarkan perbelanjaan sebaliknya turut mengambil kira pencapaian dan prestasi kesemua kementerian terbabit," katanya selepas menyampaikan bantuan projek khas rakyat di Kampung Manjoi, semalam.

Katanya, kementerian lain pula akan dinilai melalui model yang sama mulai tahun 2013 bagi penyediaan bajet tahun seterusnya.

Tambahnya lagi, kriteria setiap kementerian pula adalah berbeza mengikut fokus dan bidang masing-masing yang tidak akan menimbulkan sebarang masalah dalam penyediaan bajet seterusnya.

"Dengan model baru ini, ianya mampu menjana ekonomi negara terus berkembang maju dan meletakkan negara tinggi di mata dunia," katanya.

Tegasnya lagi, Malaysia adalah negara pertama di dunia yang mempraktikkan ETP yang merangkumi transformasi kerajaan, ekonomi dan politik.

"Indeks Petunjuk Prestasi (KPI) setiap kementerian turut dinilai melalui pencapaian mereka," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

» selanjutnya...

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved