Ahad, 9 Oktober 2011

SH

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Terkilan imam muda diberhenti

Posted: 08 Oct 2011 05:00 PM PDT

Terkilan imam muda diberhenti

GELANG MAS – Seramai 500 penduduk di sini keliru dan terkilan apabila imam muda yang berkhidmat di Masjid Gelang Mas diberhentikan secara mengejut pada 1 Oktober, baru-baru ini.

Penduduk, Nik Abdullah Nik Abdul Kadir, 68, berkata, meskipun imam muda berkenaan sudah berkhidmat di masjid itu sejak enam tahun lalu, beliau tetap diberhentikan atas alasan tidak munasabah.

"Kami terkilan apabila imam muda yang banyak berkhidmat bersama imam tua di sini dilemparkan pelbagai cerita berbaur fitnah sehingga menyebabkan dia diberhentikan serta-merta.

"Kejadian ini bukan sahaja menyedihkan penduduk, malah ia hanya memburukkan keadaan dengan memecah-belahkan penduduk," katanya.

Sementara itu Jawatan-kuasa Kemajuan dan Kesela-matan Kampung Perseku-tuan (JKKKP) Mukim Kala, Ramli Pak Adik berkata, perkara ini hanya mendatangkan kesulitan kepada penduduk apabila ada pihak cuba memporak-perandakan institusi agama yang sepatutnya lebih muafakat.

"Seharusnya umat Islam bersatu padu menjaga kesucian agama, tetapi kepincangan yang berlaku menyebabkan Islam dipandang rendah lebih-lebih lagi adanya pergolakan di masjid.

"Kami berharap kejadian seumpama ini tidak lagi berlaku kerana ia hanya memburukkan keamanan kampung dan mengotori kesucian agama Islam," katanya.

Sementara itu, JKKKP Mukim Alor Mengkuang, Nasir Hussin berkata, pihaknya tidak mahu perkara ini dikaitkan dengan politik, sebaliknya kesepakatan Islam perlu diutamakan melebihi kepentingan politik, agar kita menjadi hamba diredai.

"Kepincangan politik di sini perlulah diketepikan dan janganlah timbul perbezaan politik sehingga menjadi pergaduhan kerana dalam Islam, kita semua sama di sisi ALLAH SWT yang mencipta.

"Meskipun imam muda berkenaan berdiam diri dan reda dengan ketentuan, penduduk berharap diberi penjelasan dalam mewujudkan kesatuan penduduk Islam supaya tidak dirobohkan pihak tidak bertanggungjawab," katanya.

» selanjutnya...

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved