Jumaat, 28 Oktober 2011

SH

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Pencuri tantalum kembali

Posted: 27 Oct 2011 05:00 PM PDT

Pencuri tantalum kembali GEORGETOWN - Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) digesa mempertingkatkan kawalan di deretan rumah kosong yang sebelum ini dijadikan kuarters pekerjanya di Jalan Pattani di sini kerana kecurian tantalum berulang lagi sejak beberapa minggu lalu.

Adun Datuk Keramat, Jagdeep Singh Deo berkata, beliau beberapa kali menerima aduan daripada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Komuniti (JKKK) Kampung Makam berhubung aktiviti mencuri tantalum di lima deretan rumah kosong itu.

Beliau berkata, walaupun sebelum ini pernah memanjangkan perkara itu kepada MPPP, tiada tindakan dilakukannya untuk membanteras kegiatan mencuri bahan itu.

"Walaupun MPPP menempatkan pengawal keselamatan di sini, pencuri masih melakukan kerja mereka pada sebelah malam.

"Sekiranya MPPP tidak mengambil tindakan segera, saya bimbang akan berlaku kesan lebih teruk kepada deretan rumah kosong ini. Sekarang ini pun kita boleh lihat struktur bangunan sudah terjejas dan ia akan mengundang bahaya kepada penduduk berhampiran," katanya kepada media selepas meninjau kawasan berkenaan semalam.

Menurutnya, sebelum ini JKKK mendapati tiga daripada lima rumah itu diceroboh oleh pencuri namun pada pemeriksaan yang dilakukan baru-baru ini mendapati kelima-limanya sudah diceroboh.

Pemeriksaan mendapati selain pintu belakang rumah kosong itu dipecahkan terdapat kesan aktiviti mengorek tanah yang dilakukan di dalam rumah berkenaan untuk mendapatkan tantalum.

"Saya hairan kerana kawasan ini mempunyai pengawal keselamatan dan hanya beberapa ratus meter dari Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut namun pencuri masih berani melakukan kegiatan itu," katanya.

Sementara itu, seorang pengawal yang bertugas di situ yang enggan dikenali berkata, dia menyedari terdapat kegiatan mencuri tantalum di sebelah malam namun tidak berani mengambil sebarang tindakan kerana bimbang diancam oleh kumpulan berkenaan.

Beliau yang berusia 50an berkata, kejadian itu sudah dimaklumkan kepada majikannya namun tiada tindakan diambil.

Full content generated by Get Full RSS.

» selanjutnya...

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved