Sabtu, 8 Oktober 2011

SH

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Bekas polis tuntut wang pencen

Posted: 07 Oct 2011 05:00 PM PDT

Bekas polis tuntut wang pencen PUCHONG - Seorang bekas polis khas (SC) yang kini sudah mencecah usia 89 tahun menuntut pencen daripada kerajaan berikutan tidak pernah menerima apa-apa imbuhan selepas berkhidmat sebagai anggota polis bantuan itu antara tahun 1948 dan 1962.

Meskipun ketika itu berkhidmat untuk British, bekas polis berkenaan, Joned Busu yang dahulunya berpangkat Koperal mendakwa pernah menewaskan komunis selain menjadi jurulatih kawat lebih 50 tahun dahulu.

"Saya berkhidmat selama 14 tahun dan berhenti selepas itu kerana pihak Kerajaan kemudian menawarkan untuk berkhidmat sebagai Polis Diraja Malaysia (PDRM) namun dengan pangkat Konstabel.

"Sejak berhenti hingga sekarang, saya tidak pernah menerima pencen atau imbuhan cuma yang diterima adalah sekeping surat penghargaan daripada Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN), Datuk Seri Aseh Che Mat (ketika itu) beberapa tahun lalu,"katanya.

Dia yang kini sudah uzur dan mengalami beberapa masalah kesihatan memohon kerajaan supaya prihatin dengan nasib bekas anggota polis khas yang masih hidup sepertinya.

"Kami berkhidmat ketika Komunis mengganas dan sanggup mengorbankan nyawa ketika zaman Darurat.

"Semoga, kerajaan mempertimbangkan pencen atau imbuhan bulanan kepada bekas anggota polis yang masih hidup seperti saya,"katanya ketika ditemui di rumah anaknya di Saujana Puchong.

» selanjutnya...

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved