Khamis, 20 Oktober 2011

SH

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

MB kecewa prestasi T-Team

Posted: 19 Oct 2011 05:00 PM PDT

MB kecewa prestasi T-Team KUALA TERENGGANU – Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said kecewa dengan prestasi persembahan yang dipamerkan pasukan T-Team ketika menentang Negeri Sembilan pada perlawanan separuh akhir pertama Piala Malaysia di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, malam kelmarin.

Justeru, beliau mahu jurulatih dan barisan pemain T-Team perlu ubah sikap terhadap permai-nan mereka menjelang perlawa-nan separuh akhir kedua di Paroi nanti.

Menurutnya, dengan kekala-han 4-2 ke atas Negeri Sembilan itu bukan bermakna peluang pasukan T-Team ke peringkat akhir tertutup rapat tetapi amat tipis dan memerlukan keajaiban dalam perlawanan timbal balas Sabtu ini.

"Pada peringkat awal perlawanan, kita lihat pasukan T-Team menunjukkan persaingan yang bagus namun semangat melawan tidak ada sehinggakan Negeri Sembilan menguasai perlawanan.

"Dua gol mudah yang dijaringkan Negeri Sembilan tidak sepatutnya berlaku dan ini membuktikan barisan pertahanan, pemain tengah dan penjaga gol T-Team terlalu goyah serta mudah ditembusi pihak lawan," katanya ketika ditemui pada sidang media mesyuarat Exco di Wisma Darul Iman, di sini, semalam.

Ahmad berkata, prestasi T-Team tidak boleh dijangka kerana persembahan mereka umpama 'Yo-Yo' kerana jika sebelum ini mereka menang ketika menentang Kelantan dan Selangor.

Bagaimanapun, beliau yakin Terengganu mampu melangkah ke perlawanan akhir dengan berbekalkan kemenangan 2-0 ke atas Selangor malam kelmarin.

Katanya, dengan kemenangan itu, ia memberi laluan mudah dan kelebihan kepada pasukan Terengganu untuk beraksi menentang Selangor di tempat sendiri.

Full content generated by Get Full RSS.

» selanjutnya...

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved