Isnin, 10 Oktober 2011

SH

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Lapan ditahan curi kayu karas

Posted: 09 Oct 2011 05:00 PM PDT

Lapan ditahan curi kayu karas GEORGETOWN - Jabatan Perhutanan Pulau Pinang menahan lapan lelaki yang dipercayai terlibat dengan kegiatan mencuri kayu karas di Hutan Kekal Cherok Tok Kun, Bukit Mertajam dalam tiga serbuan pada 3 September dan 20 Oktober lalu.

Pengarahnya, Shah Rani A Zailan berkata, kesemua yang ditahan adalah warga tempatan dan didapati melakukan kesalahan menceroboh tanah rizab kerajaan dan memiliki hasil hutan tanpa kebenaran.

Beliau berkata, mereka melakukan kesalahan mengikut Kanun Tanah Negara 1984 (Pindaan 1993) kerana mengambil hasil hutan tanpa kebenaran.

"Kita telah membuat laporan polis mengenai kegiatan mereka ini dan dalam masa yang sama sedang menyiapkan laporan untuk diserahkan kepada pihak pendakwaan untuk tindakan lanjut," katanya pada sidang media di sini semalam.

Turut hadir, Exco Kesihatan dan Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar, Phee Boon Poh.

Shah Rani berkata, hasil intipan yang dilakukan pihaknya mendapati sindiket mencuri kayu karas ini menjalankan kegiatan mereka pada waktu malam selain turut melibatkan beberapa warga asing.

Menurutnya, sindiket ini tidak menggunakan gergaji untuk menebang pokok kerana ia dikhuatiri menyebabkan bunyi bising sebaliknya kapak tajam yang diubahsuai untuk mendapatkan bahagian kayu yang diperlukan.

Beliau berkata, sindiket itu mampu menebang enam hingga tujuh pokok sehari bagi mendapatkan hasil kayu dan dipercayai untuk dijual ke pasaran Timur Tengah.

"Pemerhatian kami mendapati modus operandi yang digunakan sindiket ini ialah mereka akan membuat pemantauan dengan menanda pokok yang bakal ditebang pada siang hari dan ia disusuli dengan aktiviti mencuri kayu pada sebelah malam.

"Pokok karas mendapat permintaan tinggi di pasaran kerana menghasilkan gaharu yang memberikan keuntungan berlipat kali ganda. Pokok kayu karas atau Depu atau nama saintifiknya 'Aquilaria' boleh diproses menjadi gaharu dan dikomersilkan sebagai bahan pewangi dan kosmetik," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

» selanjutnya...

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved