Jumaat, 7 Oktober 2011

SH

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Orang luar dalang along

Posted: 06 Oct 2011 05:00 PM PDT

Orang luar dalang along KUANTAN - Sindiket pemberi pinjaman wang haram (along) yang beroperasi sekitar Kuantan dipercayai didalangi individu luar dan berselindung di sebalik nama syarikat palsu bagi meyakinkan pelanggan untuk membuat pinjaman dengan mereka .Walaupun kegiatan haram itu sering diperangi pihak berkuasa termasuk polis dan Majlis Perbandaran Kuantan (MPK), sindiket ini dikesan terus berdegil menawarkan pinjaman mudah kepada peminjam yang terdesak.

Malah mereka juga giat mempromosi perkhidmatan itu menggunakan banting iklan yang digantung dan ditampal secara haram di beberapa kawasan sekitar Kuantan.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohd Jasmani Yusoff berkata, hasil tiga operasi yang dijalankan pihaknya antara Jun hingga 6 Oktober lalu (semalam) sebanyak 261 banting haram diturunkan.

Menurutnya, bagi mengekang kegiatan tersebut, Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan bersama MPK sekali lagi menjalankan Ops Bersepadu menurunkan banting Along haram sekitar Bandar Kuantan dan Indera Mahkota, semalam.

"Hasil operasi bermula kira-kira jam 10.30 pagi hingga 1 petang itu, sebanyak 140 banting haram berjaya diturunkan.

"Polis tidak menolak kemungkinan iklan pinjaman wang haram itu melibatkan beberapa buah syarikat bagaimanapun kita percaya nama syarikat yang tertera adalah palsu," katanya kepada pemberita ketika ditemui di sini, semalam.

Beliau berkata, operasi mencegah kegiatan pemberi pinjaman wang haram ini akan diteruskan dari masa ke masa.

"Individu yang menjalankan kegiatan ini juga berdepan hukuman berat jika ditangkap malah boleh didenda tidak kurang RM250,000 dan tidak lebih RM1 juta berdasarkan hukuman yang diperuntukkan di bawah Seksyen 5(2) Akta Pemberi Pinjaman Wang 1951 (Pindaan 2011).

"Justeru itu orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kegiatan itu diminta tampil membuat laporan polis untuk tindakan lanjut," katanya.

Menurutnya, sepanjang tahun ini, satu laporan polis diterima berhubung kegiatan itu dan kes berkenaan masih dalam siasatan bagaimanapun belum ada sebarang tangkapan dilakukan.

"Orang ramai diingatkan supaya tidak membuat pinjaman dengan Along sebaliknya gunakan saluran betul bagi mengelak menjadi mangsa," katanya.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Perlesenan dan Kawalan Perniagaan MPK, Yusoff Husain berkata, pihaknya hanya mempunyai kuasa dan boleh mengambil tindakan ke atas banting atau iklan haram yang diletakkan di tempat awam dan bukan di tempat atau harta milik persendirian

Menurutnya, mereka juga menghadapi kesukaran untuk mengambil tindakan terhadap individu yang menampal iklan haram ini kerana perlu kepada saksi dan bukti kukuh.

"Individu yang didapati melakukan kesalahan itu boleh di kompaun RM250 atau didenda RM2,000 jika didakwa di mahkamah mengikut Akta Kerajaan Tempatan," katanya.

» selanjutnya...

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved