Khamis, 27 Oktober 2011

SH

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Geng lesapkan Estima dicekup

Posted: 26 Oct 2011 05:00 PM PDT

Geng lesapkan Estima dicekup ALOR SETAR - Kegiatan mencuri kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Estima sebagai sasaran ditumpaskan dengan tertangkapnya tiga suspek di dua lokasi berlainan.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Mohd Adzaman Mohd Jan berkata, seorang suspek ditahan ketika sedang memandu kenderaan berkenaan di Kilometer 8.7 Lebuhraya Utara Selatan, Changlun, Kubang Pasu sekitar jam 4.30 pagi pada 14 Oktober lalu.

Menurutnya, penangkapan suspek itu turut mempunyai kaitan dengan kehilangan 11 Estima yang dilaporkan hilang di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur serta dipercayai sudah dibawa masuk ke Thailand.

"Hasil soal siasat, kita berjaya menemui satu lagi Estima diletakkan di kawasan tempat letak kereta pasar raya Aneka Gurun dan kedua-duanya dilaporkan hilang di Damansara dan Wangsa Maju.

"Polis masih memburu seorang lagi suspek yang terlibat dengan kegiatan ini," katanya pada sidang media Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar, di sini, semalam.

Menurutnya, dua lelaki lain ditahan sekitar jam 1.35 pagi pada 24 Oktober lalu di rumah dan polis merampas dua Estima iaitu di bengkel dan rumah berkenaan yang dilaporkan hilang di Klang, Selangor.

"Kedua-dua suspek mempunyai 10 rekod kesalahan lampau serta terlibat dengan kes Akta Dadah Berbahaya (ADB).

"Suspek turut dikesan menggunakan nombor pendaftaran palsu untuk mengabui mata penguat kuasa," kata Mohd Adzaman.

Beliau berkata, kes berkenaan diserahkan kepada pihak di Bukit Aman untuk siasatan lanjut.

Full content generated by Get Full RSS.

» selanjutnya...

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved