Khamis, 6 Oktober 2011

SH

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Kantoi lori tersangkut

Posted: 05 Oct 2011 05:00 PM PDT

Kantoi lori tersangkut KUANTAN - Gara-gara lori yang mengangkut muatan kayu haram tersangkut di dalam tanah akhirnya mengundang padah kepada tiga lelaki berusia antara 30 hingga 40 tahun apabila mereka diberkas kerana kesalahan memiliki kayu bergergaji bernilai lebih RM5,000 tanpa permit.

Unit Penguat Kuasa Jabatan Perhutanan Negeri melakukan serbuan di kawasan Hutan Simpan Pekan Tambahan, Pekan selepas mendapat aduan daripada orang awam dan berjaya menahan tiga lelaki berasal dari Johor bersama lori tiga tan metrik dengan muatan kayu bergergaji jenis meranti pelbagai saiz seberat dua tan metrik.

Pengarahnya, Datuk Mohd Paiz Kamaruzaman berkata, sindiket itu dipercayai menggunakan khidmat penduduk Orang Asli untuk menebang dan membelah kayu balak secara haram.:

Menurutnya, individu itu memunggah kayu bergergaji dikumpulkan dengan menggunakan lori kecil sebelum dihantar ke kilang papan tertentu pada waktu malam.

"Kayu jenis meranti menjadi pilihan kerana permintaan tinggi daripada pihak yang mengusahakan pembinaan bangunan sarang burung walit terutama di beberapa daerah di Johor.

"Malah, kayu jenis meranti yang lembut selain tidak mengeluarkan bau menjadi pilihan untuk menghasilkan tempat burung walit," katanya.

Mohd Paiz berkata, pihaknya menasihati Orang Asli yang tinggal berhampiran kawasan hutan supaya tidak melakukan aktiviti menyalahi undang-undang seperti menebang pokok balak.

Katanya, mereka tidak seharusnya terpengaruh dengan tawaran lumayan kerana sekiranya ditangkap, mereka boleh dikenakan hukuman denda dan penjara.

"Saya berharap Orang Asli dapat memberi maklumat berhubung aktiviti memindahkan hasil hutan tanpa permit. Sokongan mereka dapat membantu usaha penguatkuasaan dan bukannya gelap mata dengan tawaran upah.

"Orang Asli hari ini mampu membuat keputusan tepat, mereka tidak lagi mudah terpengaruh seterusnya digunakan pihak lain untuk mengaut keuntungan," katanya.

Katanya, mereka yang melakukan kesalahan memindahkan hasil hutan tanpa permit akan didakwa mengikut Akta Perhutanan Negara 1984 dan sabit kesalahan boleh didenda RM50,000 atau lima tahun penjara atau kedua-duanya sekali.

Manakala, pemandu lori yang ditahan memberi alasan mengalami masalah kewangan selepas dua bulan tidak bekerja kerana terbabit kemalangan.

Mereka yang ditahan kini direman untuk membantu siasatan pegawai penyiasat Jabatan Perhutanan negeri sebelum tindakan selanjutnya dilakukan.

» selanjutnya...

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved