Ahad, 16 Oktober 2011

SH

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Mungkin terjun bangunan

Posted: 15 Oct 2011 05:00 PM PDT

Mungkin terjun bangunan IPOH - Seorang lelaki dipercayai sempat mengelar pergelangan tangannya, sebelum maut selepas bertindak terjun dari tingkat atas tempat letak kereta sebuah pasar raya di Jalan Datuk Onn Jaafar lewat petang kelmarin.

Mangsa, Sem Khai Choong, 29, dari Jalan Sultan Iskandar di sini, didapati maut serta merta di tempat kejadian.

Seorang saksi yang enggan dikenali memberitahu beliau melihat mangsa sedang berlegar-legar di kawasan tempat letak kereta dalam keadaan gelisah.

Bagaimanapun, menurutnya mangsa nekad terjun daripada kawasan tempat letak kereta itu secara tiba-tiba.

"Selepas itu, apa yang saya lihat hanyalah tubuh mangsa yang kelihatan longlai dan tidak bergerak lagi," katanya yang terkejut dengan insiden kejadian terbabit.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Azisman Alias berkata mayat berkenaan ditemui oleh orang awam kira-kira jam 5.45 petang semalam.

Menurutnya, orang awam yang lalu di kawasan terbabit melihat sekujur tubuh lelaki dalam keadaan terbaring di atas jalan raya berhampiran pasar raya berkenaan.

Katanya, orang awam yang melihat mayat lelaki itu segera menghubungi polis bagi melaporkan kejadian yang berlaku.

"Setakat ini polis mengklasifikasikan kes ini sebagai mati mengejut memandangkan siasatan awal mendapati tiada unsur jenayah ditemui pada mangsa.

"Namun, kami masih meneruskan siasatan bagi mengenal pasti punca kematian mangsa," katanya ketika dihubungi. semalam.

Mangsa yang maut dan mengalami cedera parah di kepala dan beberapa bahagian badan lain kemudiannya dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk dibedah siasat.

Full content generated by Get Full RSS.

» selanjutnya...

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved