Selasa, 11 Oktober 2011

SH

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Derita gara-gara salah ubat

Posted: 10 Oct 2011 05:00 PM PDT

Derita gara-gara salah ubat KUALA LUMPUR – Seorang wanita warga emas mendakwa mengalami kesan sampingan, iaitu kurang daya ingatan akibat kecuaian seorang ahli farmasi di sebuah hospital kerajaan ketika memberi ubat, September tahun lalu.

Penghidap penyakit kulit (Psoriasis), Wong Yee Lan, 64, berkata, walaupun kejadian itu tahun lalu, dia masih menerima kesan sampingannya sehingga kini kerana mengambil ubat yang dipreskripsikan doktor dengan dos yang berlebihan menyamai apa yang sepatutnya diambil individu yang mengidap kanser.

Menurutnya, selepas dua minggu makan enam biji sehari ubat berkenaan sejak 7 September 2010, dia mula demam dan bengkak mulut sehingga sukar bernafas.

"Keadaan tidak berubah walaupun selepas mendapatkan rawatan di klinik swasta empat kali, kemudian mendapatkan rawatan di hospital kerajaan berkenaan dan di tahan di wad selama 12 hari.

"Di sana, darah saya diambil untuk pemeriksaan dan dimaklumkan sel darah dalam badan begitu rendah. Doktor juga memaklumkan ubat diberi ahli farmasi itu menjadi puncanya kerana diambil secara berlebihan sedangkan ia sepatutnya di makan enam biji dalam masa seminggu, bukannya sehari seperti diarahkan." dakwanya pada media bersama Biro Aduan dan Perkhidmatan Awam, Parti Gerakan Rakyat Malaysia (PGRM) di Menara PGRM di sini, semalam.

Yee Lan yang tampil bersama anak lelakinya, Daniel Lim Boon Leong, 40, berkata, dia kesal dengan kejadian itu dan berhasrat mengambil tindakan undang-undang bagi menuntut keadilan ke atas apa yang berlaku.

"Selepas kejadian, saya berasa sangat fobia menerima sebarang ubat preskripsi daripada hospital kerajaan itu dan hanya mengambil vitamin saja sehingga kini," dakwanya.

Sementara itu, Daniel berkata, April lalu dia memohon laporan perubatan daripada hospital kerajaan berkenaan bagi mengetahui bagaimana ibunya yang hanya hadapi masalah kulit, boleh diberi ubat dalam dos berlebihan oleh pihak hospital berkenaan.

Bagaimanapun, dia mendakwa, laporan perubatan yang ditulis pakar perunding dermatologi hospital berkenaan tidak mempunyai butiran lengkap seolah-olah ada sesuatu yang ingin disembunyikan dan menimbulkan tidak puas hati mereka sekeluarga.

"Pendapat kedua dan ketiga daripada dua doktor klinik swasta yang diterima awal bulan ini turut menyatakan hal sama dan menurut mereka, laporan itu sepatutnya ditulis doktor yang mengesahkan ubat berkenaan diambil secara berlebihan dan bukannya pakar perunding dermatologi itu," katanya.

Pengerusi Biro Aduan dan Perkhidmatan Awam PGRM, Wilson Lau pula berkata, pihaknya akan membantu Yee Lan dengan menulis surat kepada Kementerian Kesihatan bagi meminta penjelasan berhubung kejadian yang menimpa warga emas berkenaan.

Full content generated by Get Full RSS.

» selanjutnya...

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved