Khamis, 13 Oktober 2011

SH

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Pelatih JKM putus kemaluan

Posted: 12 Oct 2011 05:00 PM PDT

Pelatih JKM putus kemaluan MARANG – Mengerikan. Demikianlah keadaan kecederaan dialami seorang peserta kursus kemahiran Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang putus kemaluan selepas seluar yang dipakai tersangkut pada 'roller' traktor pemotong rumput.

Mangsa, Mohd Hafis Abdul Rahman, 26, tergelincir ketika hendak turun dari bahagian belakang jentera yang berhenti selepas menjalani lati-han amali di Taman Pengeluar Kekal Makanan (TPKM) Serating, di sini, dalam kejadian Ahad lalu.

Sebelum kejadian kira-kira 12 tengah hari itu, mangsa bersama pemandu jentera terbabit memotong rumput untuk menyediakan maka-nan bagi haiwan ternakan yang diternak di kawasan ladang milik sebuah syarikat swasta di situ. Namun mangsa dipercayai tergelincir semasa turun dari jentera pertanian itu lalu terjatuh ke belakang menyebabkan seluar yang dipakai tersangkut pada 'roller' yang masih berpusing dan menarik mangsa ke dalam.

Akibat kejadian itu seluar dipakai mangsa koyak rabak sebelum dia mengalami kecederaan parah pada kemaluannya. Mangsa yang tinggal di Gong Badak, Kuala Terengganu itu kemudiannya dikejarkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu.

Sementara itu, seorang jurucakap JKM ketika dihubungi Sinar Harian berkata, mangsa terbabit sedang menjalani latihan amali dibantu pemandu jentera itu sedang melakukan kerja pemotongan rumput untuk dijadikan makanan kambing.

"Bagaimanapun, mangsa yang dikategorikan sebagai orang kurang upaya (OKU) itu mengalami kecederaan parah pada kemaluannya selepas terjatuh di bahagian belakang jentera pertanian itu semasa kenderaan itu berhenti," katanya.

:Menurutnya, pihak pengurusan membuat satu laporan polis berhubung kejadian itu di Balai Polis Merchang dan melawat mangsa pada malam kejadian. Lawatan tersebut diketuai Penolong Pengarah II, JKM Negeri Terengganu, Rusmi Mahmood.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Marang, Deputi Superintendan Ahmad Mazlan Yahaya mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian yang menimpa pemuda berkenaan.

Usaha Sinar Harian untuk menemubual mangsa bagaimanapun tidak dibenarkan pihak hospital.

Full content generated by Get Full RSS.

» selanjutnya...

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved