Selasa, 11 Oktober 2011

SH

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Pewaris takhta tampil betulkan kenyataan

Posted: 10 Oct 2011 05:00 PM PDT

Pewaris takhta tampil betulkan kenyataan Pewaris takhta tampil betulkan kenyataan

IPOH – Individu yang mengakui dirinya sebagai pewaris takhta Kerajaan Negeri Kedah, Tunku Ismail Ibni Al-Marhum Tunku Abdullah, tampil sekali lagi membetulkan semula kenyataan akhbar mengenai dirinya sebagaimana yang tersiar media baru-baru ini.

Tunku Ismail, 53, yang dulunya dikenali dengan nama Raja Ismail Raja Abdullah ingin membetulkan beberapa kenyataan yang dilihat sebagai bercanggah selain tidak menepati tujuan sebenar pengakuannya itu.

Menurut Tunku Ismail, pihaknya juga telah merujuk perkara tersebut kepada beberapa pakar sejarah serta kerabat raja di Kedah sebelum tampil membuat pengakuan.

"Saya bukan membuat pengakuan secara suka-suka. Ianya dirujuk terlebih dahulu dengan pakar-pakar sejarah termasuk kerabat di-raja dengan mengemukakan beberapa bukti yang dimiliki.

"Bukti-bukti berkenaan ternyata diakui setelah melihat salasilah keturunan kerabat di Raja Kedah. Berdasarkan salasilah itu, saya adalah sah sebagai pewaris terakhir daripada Sultan Ahmad Tajuddin Mukarram Shah (1854 – 1879) lalu.

"Setelah yakin dengan bukti-bukti yang ditunjukkan, pakar-pakar sejarah turut menasihati saya agar menukar nama kepada Tunku Ismail kerana di Kedah tidak menggunakan gelaran Raja," katanya kepada Sinar Harian.

Tunku Ismail mengulas beberapa pembetulan berhubung kisah dirinya yang disiarkan di akhbar Sinar Harian pada 26 Julai lalu.

Terdahulu, Tunku berkata, pada zaman kanak-kanaknya, bekas Perdana Menteri Malaysia yang pertama, Allahyarham Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj juga sering berkunjung ke rumahnya di Kampung Pandan, Kuala Lumpur.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan mengenai tujuan sebenar Tunku Abdul Rahman berkunjung.

"Selain itu, berdasarkan bukti-bukti lain, saya juga mendapat maklumat saya adalah pewaris keturunan Mahsuri yang ke tujuh di Langkawi.

"Ini dikuatkan lagi dengan beberapa kelebihan yang saya miliki hari ini," katanya.

Tunku Ismail menegaskan, tindakannya membetulkan semula kenyataan akhbar bertujuan menuntut haknya sebagai pewaris yang sah daripada keturunan Sultan Ahmad Tajuddin Mukarram Shah.

"Saya memang menuntut hak saya sebagai pewaris takhta bagi Kerajaan Negeri Kedah berdasarkan kepada beberapa bukti yang saya miliki," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

» selanjutnya...

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved