Jumaat, 21 Oktober 2011

SH

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Full content generated by Get Full RSS.Full content generated by Get Full RSS.

2 sahabat onar dalam masjid

Posted: 20 Oct 2011 05:00 PM PDT

2 sahabat onar dalam masjid KUALA TERENGGANU – Tanpa rasa bersalah, dua sahabat mengaku mencuri dua buah beg milik seorang jemaah yang sedang menunaikan solat Subuh di Masjid Zainal Abidin, Kuala Terengganu pada 13 September lalu.

Bagaimanapun, perbuatan mereka terbalas selepas Mahkamah Majistret, semalam, menjatuhkan hukuman penjara 15 bulan dan denda RM3,000 terhadap Tengku Ahmad Ridhwan Tengku Abdul Kadir, 29, dan penjara 12 bulan serta denda RM3,000 bagi tertuduh kedua, Mohd Fauzila Mat Noor, 33.

Hukuman dijatuhkan setelah kedua-dua tertuduh mengaku bersalah di hadapan Majistret Nor Azizah Jusoh.

Mengikut pertuduhan, tertuduh pada 13 September lalu antara jam 6 pagi hingga 6.30 pagi di Masjid Zainal Abidin, Kuala Terengganu telah mencuri dua buah beg milik Rohana Ramli, 36, dari Taman Indah Bandar Al- Muktafi Billah Shah, Dungun.

Mereka didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun sama, yang boleh di penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya dan bagi kesalahan kali kedua atau kemudiannya, boleh dipenjara dan denda atau sebat jika disabitkan kesalahan.

:Mengikut fakta kes, mangsa telah ke Masjid Zainal Abidin Kuala Terengganu untuk menunaikan solat Subuh dan meletakkan beg berisi pakaian serta beg yang mengandungi dokumen penting di sebelahnya pada 13 September lalu kira-kira jam 6 pagi.

:Selepas menunaikan solat, mangsa dapati kedua-dua beg itu hilang dipercayai dicuri.

Barang yang ada di dalam beg itu ialah pakaian, tunai RM1,200, telefon bimbit, dua utas rantai tangan, kad pengenalan milik mangsa, MyKid, beberapa buah buku akaun, kad bank, kad kebajikan masyarakat, buku rawatan milik Muhamad Irwan Rizwan dan ubatan-ubatan.

Susulan laporan polis yang dibuat mangsa di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu, pada 17 Oktober lalu, kira-kira jam 1.30 pagi hingga 4.10 pagi, kedua-dua tertuduh ditangkap di rumah masing-masing dan dibawa ke IPD untuk disoal siasat.

Hasilnya, tertuduh telah memberitahu beg yang dicuri itu dibuang di dalam semak di kawasan kampung Paya Bunga, di sini.s

» selanjutnya...

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved