Ahad, 16 Oktober 2011

SH

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

‘Port’ penyeludupan

Posted: 15 Oct 2011 05:00 PM PDT

'Port' penyeludupan RANTAU PANJANG –Dianggarkan lebih 70 pangkalan haram yang membolehkan rakyat negara ini dan negara jiran berhubung antara satu sama lain secara tidak sah sekitar Rantau Panjang.

Pangkalan ini wujud sejak berpuluh tahun dahulu, sementara namanya pula bertukar ganti mengikut generasi atau waris kepada penempatan berhampiran pangkalan berkenaan.

Ramai dalam kalangan rakyat negara ini ke negara jiran atau lebih jelas lagi ke Golok melalui pangkalan haram untuk melawat saudara mara dan hiburan semata-mata walau sedar cara mereka menyalahi undang-undang.

Pangkalan ini turut digunakan pendatang asing untuk ke Malaysia yang menjanjikan peluang pekerjaan memberikan pulangan lumayan kepada mereka.

Sehingga Julai tahun ini, Unit Pencegahan Penyeludupan (UPP) berjaya menahan 120 pendatang asing tanpa izin dari Thailand, Myanmar, Bangladesh, Pakistan dan Vietnam.

Mereka beranggapan melepasi sempadan Malaysia melalui pangkalan haram lebih mudah memandangkan mereka boleh menyeberanginya pada bila-bila masa berbanding pintu masuk Rantau Panjang Golok yang ditutup kira-kira jam 10 malam.

Bahan letupan yang diharamkan pihak berkuasa mengikut Akta Bahan letupan 1957 turut Berjaya dibawa masuk ke negara ini terutamanya pada musim perayaan lalu.

Kejayaan penyeludup membawa masuk bahan letupan bukan salah sesiapa, tetapi ia menunjukkan semua pihak perlu meningkatkan lagi penguatkuasaan supaya sempadan negara tidak dapat dibolosi.

Sehingga Julai tahun ini juga, UPP Kelantan berjaya merampas pelbagai jenis barangan bernilai RM1.2 juta yang cuba diseludup masuk ke negara ini.

Ramadan lalu, kenderaan pelbagai guna (MPV) berjaya ditumpaskan Unit Pencegahan Penyeludupan (UPP) Rantau Panjang seterusnya merampas pelbagai jenis mercun bernilai RM30,000 dalam serbuan di Pangkalan Haram Kubur, Kampung To'Deh, Ogos lalu.

Bila keadaan itu berlaku, maka imej, prestasi dan reputasi kawalan keselamatan sempadan akan terjejas, sekali gus mendorong kemunculan pihak yang tidak akan rasa gerun untuk mencabuli kedaulatan negara.

Hari ini mercun dibawa masuk dengan mudah, tidak mustahil bahan letupan atau pun senjata dibawa masuk ke negara ini.

Pada 16 September lalu, berlaku pengeboman di Golok yang mengorbankan lima rakyat negara ini termasuk seorang kanak-kanak berusia tiga tahun, sementara pihak keselamatan negara jiran melaporkan dua pengebom yang juga adik beradik berjaya melepaskan diri ke negara ini.

Ketua Pegawai Imigresen Rantau Panjang, Wan Yaacob Wan Derahman dalam kenyataannya selepas letupan bom baru-baru ini berkata, sebaik berlakunya pengeboman, secara automatik, kawalan sempadan diperketatkan.

Menurutnya, pihaknya tidak mahu pengebom atau puak pemisah berjaya meloloskan diri ke negara ini.

"Kita tidak mahu rakyat negara jiran yang terlibat dengan pengeboman atau puak pemisah lari ke negara ini, tetapi kebiasaannya tidak berlaku kerana mereka tidak akan masuk melalui imigresen," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

» selanjutnya...

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved