Jumaat, 14 Oktober 2011

SH

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Hangus sekelip mata

Posted: 13 Oct 2011 05:00 PM PDT

Hangus sekelip mata KUANTAN – Seorang pemandu lori di sini mampu bersyukur kerana tidak ada ahli keluarganya yang cedera walaupun mereka hanya tinggal sehelai sepinggang selepas rumahnya di Batu 5, Jalan Kuantan-Gambang hangus dijilat api kelmarin.

Ibrahim Mat Kuti, 30-an yang bekerja sebagai pemandu lori mengalami kerugian lebih RM52,000 dalam kebakaran kira-kira jam 11 pagi itu.

Ketika kejadian, semua ahli keluarga mangsa tidak berada di rumah dan kebakaran hanya disedari jiran mangsa yang kemudiannya meminta bantuan daripada orang ramai di sekitar kawasan itu untuk memadamkan api.

Sepupu Ibrahim yang juga jirannya, Rokiah Abdullah, 60, berkata, dia tiba-tiba ternampak asap dari rumah mangsa ketika sedang bere ketika sedang berehat di ruang tamu rumahnya.

Katanya, beberapa minit kemudian, dia melihat api marak dengan cepat dan asap berkepul keluar dari rumah itu sebelum meminta tolong dari jiran lain di kawasan rumah itu.

"Bomba tiba tidak lama kemudian dan api berjaya dipadamkan tetapi semua barang di dalam rumah itu tidak dapat diselamatkan," katanya.

Sementara itu, Pegawai Perhubungan Awam Bomba dan Penyelamat Pahang, Anuar Hassan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada orang ramai kira-kira pukul 11.25 pagi.

Katanya, seramai enam anggota yang diketuai Pegawai Bomba Kanan II, Rosli Daud bersama sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Taman Tas dekat sini berkejar tempat kejadian tiga minit kemudian.

"Anggota bomba berjaya mengawal dan memadamkan kebakaran dalam tempoh 10 minit walaupun rumah itu musnah hampir 90 peratus dalam kebakaran mengejut itu," katanya.

Menurutnya, tiada kemalangan jiwa dilaporkan kerana tidak ada penghuni di rumah itu ketika kejadian.

"Buat masa ini anggaran sebenar kerugian kira-kira RM52,000 dan punca kebakaran masih dalam siasatan," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

» selanjutnya...

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved