Ahad, 2 Oktober 2011

SH

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Yatim piatu sekelip mata

Posted: 01 Oct 2011 05:00 PM PDT

Yatim piatu sekelip mata KUALA KRAI - Tiga beradik berusia enam, 14 dan 16 tahun menjadi yatim piatu sekelip mata apabila ibu bapa mereka terbunuh selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya di simpang masuk ke Kampung Che Wal, dekat Telekong, di sini, semalam.

Pada kejadian jam 7.30 pagi itu, mangsa, Ismail Yaccob, 47, dan isterinya, Ruzainiah Mustapha, 37, maut selepas motosikal dinaiki mereka bergesel dengan sebuah kereta sebelum dirempuh sebuah kereta lain.

Pasangan yang tinggal di Kampung Pek, Machang itu meninggalkan tiga anak perempuan iaitu Siti Nurhafizah, 16, Siti Khairunisa, 14, dan Siti Nur Rasya Aleesya, 6.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Abdul Rahman Ja'apar berkata, kejadian berlaku ketika Ismail dalam perjalanan dari arah Machang untuk menghantar isterinya ke tempat kerja di sebuah kilang papan di Kampung Che Wal, dekat Telekong.

"Ketika sampai di tempat kejadian, penunggang motosikal dipercayai secara cuai membelok untuk masuk ke simpang itu dan berselisih dengan sebuah kereta Kancil dari arah sama.

"Kejadian menyebabkan penunggang motosikal dipercayai hilang kawalan sebelum dirempuh sebuah kereta Persona yang juga datang dari arah sama," katanya, di sini, semalam.

Abdul Rahman berkata, Ismail berasal dari Kampung Pek, Machang dan Ruzainiah dari Kampung Che Wal, di sini, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah kepala.

Menurutnya, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan saksi kejadian diminta tampil bagi membantu siasatan.

Sementara itu, Siti Nurhafizah berkata, ibu bapanya tidak menunjukkan sebarang perubahan kecuali tidak membawa Siti Nur Rasya Aleesya bersama mereka ketika keluar rumah pagi semalam.

"Biasanya ayah akan bawa adik (Siti Nur Rasya Aleesya) sekali bila hantar emak pergi kerja tetapi semalam mereka hanya keluar rumah berdua sahaja," katanya.

Siti Nurhafizah kini belajar di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kuala Lipis, Pahang dan baru pulang ke kampung sempena cuti bulanan, kelmarin.

Siti Khairunisa pula pelajar Tingkatan Dua, Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Intan manakala Siti Nur Rasya Aleesya murid prasekolah di Sekolah Kebangsaan Kampung Pek, Machang.

» selanjutnya...

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved