Rabu, 19 Oktober 2011

SH

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

APMM nafi wujud tonto

Posted: 18 Oct 2011 05:00 PM PDT

APMM nafi wujud tonto KUANTAN - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Wilayah Timur menolak wujudnya kegiatan tonto yang bertindak mengawasi pergerakan agensi itu bagi melindungi kegiatan pencerobohan perairan negara dan pelanggaran undang-undang oleh bot nelayan asing setakat ini.

Sebaliknya, kelewatan mendapatkan maklumat berhubung pencerobohan itu antara punca kesukaran APMM mengambil tindakan segera bagi membanteras kegiatan tersebut.

Ketua Penguat kuasa Maritim Wilayah Timur, Laksamana Pertama Maritim Nasir Adam berkata, pihaknya sentiasa mengawasi perairan negara di wilayah ini dengan menugaskan pegawai dan anggota meronda menggunakan dua buah kapal serta tiga buah bot setiap masa.

Menurutnya, dakwaan sesetengah pihak mengatakan pihaknya lambat bertindak dan wujud khidmat tonto mengawasi kegiatan tersebut tidak berasas.

"APMM wilayah timur sentiasa memberi maklum balas terhadap laporan dan aduan yang diterima bagaimanapun dalam beberapa kes sebelum ini, kami gagal mengesan sebarang aktiviti pelanggaran undang-undang sebaik tiba di lokasi yang dimaksudkan," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang medianya sempena Hari bersama Media dan Jabatan 2011 Maritim Wilayah Timur di Pusat Pendidikan dan Latihan APMM Gebeng dekat Sungai Ular di sini, semalam.

Nasir berkata, pihaknya menetapkan tempoh bertindak tiga jam selepas menerima laporan bagaimanapun ia bergantung kepada beberapa faktor termasuk keadaan cuaca dan jarak lokasi.

Menurutnya, APMM Wilayah Timur juga sudah mengenal pasti lokasi yang sering dilaporkan wujud pencerobohan nelayan asing dan kegiatan menangkap ikan menggunakan kaedah tunda ganding yang tidak dibenarkan.

"Kami sentiasa membuat pemantauan di lokasi tersebut dan setakat ini belum ada sebarang laporan yang mengatakan wujud aktiviti tonto di kawasan itu," katanya.

Beliau berkata, komuniti maritim boleh menggunakan saluran perhubungan sedia ada untuk melaporkan sebarang pelanggaran undang-undang di perairan negara secara terus kepada APMM.

"Ada kalanya maklumat itu tidak disalurkan terus kepada APMM sebaliknya kepada orang ketiga menyebabkan berlakunya kelewatan.

"Ada juga maklumat disalurkan kepada Jabatan Perikanan menggunakan saluran radio sebelum disalurkan kepada APMM untuk tindakan lanjut," katanya.

Beliau berkata, walaupun pihaknya belum mempunyai kemudahan itu namun komuniti maritim boleh membuat aduan terus ke talian 09-5717345 (Bilik operasi Wilayah Timur) yang beroperasi 24 jam di ibu pejabat dan daerah untuk tindakan segera.

Nasir berkata, pihaknya amat memerlukan maklumat orang ramai terutama berhubung kegiatan menangkap ikan menggunakan kaedah tunda ganding oleh bot terpakai Vietnam milik nelayan tempatan.

"Dari masa ke semasa APMM akan menaik tarafkan jaringan perhubungan dan komunikasi ini termasuk menggunakan khidmat talian Malaysia Erergency Response Services (MERS) 999 untuk sebarang aduan berhubung kecemasan dan pelanggaran undang-undang di laut,"katanya.

Sementara itu, Nasir berkata, sepanjang hampir enam tahun penubuhan agensi tunggal penguatkuasaan maritim itu, pihaknya memeriksa 10,224 vesel dengan 590 kes tangkapan majoriti membabitkan nelayan asing Vietnam dan Thailand di wilayah Timur.

"Sepanjang Januari hingga Oktober tahun ini pula, sebanyak 1,951 bot diperiksa berbanding 2,499 tahun lalu manakala kes tangkapan 24 berbanding 136 pada 2010.

"Penurunan ini mungkin impak daripada operasi berterusan yang dijalankan malah dengan berlakunya penambahan aset enam kapal, Sembilan bot dan satu pengkalan yang diterima dari beberapa agensi penguat kuasa sebelum ini akan menambahkan lagi kekuatan pasukan agensi ini," katanya.

Beliau berkata, dengan kekuatan itu, kehadiran APMM akan disedari komuniti maritim dan pelanggaran undang-undang di perairan negara dapat dibendung dengan lebih berkesan.

Full content generated by Get Full RSS.

» selanjutnya...

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved