Ahad, 16 Oktober 2011

SH

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Terowong Naga terpanjang

Posted: 15 Oct 2011 05:00 PM PDT

Terowong Naga terpanjang KUANTAN - Terowong Naga terpanjang di dunia sepanjang 830 meter yang pernah dicatatkan dalam Malaysia Book of Record pada 2008 di Pusat Pelancongan Bersepadu Lao Zi, dekat sini, akan menjadi produk pelancongan baru bukan sahaja di negeri ini tetapi juga di Malaysia.

Terowong itu yang mengambil masa selama dua tahun untuk siap membabitkan kos RM500,000.

Timbalan Menteri Pelancongan, Datuk Dr James Dawos Mamit berkata, pusat pelancongan yang mempunyai keluasan empat hektar itu bukan sahaja menjadi tempat keagamaan pengikut fahaman Lao Zhi, tetapi mampu menjadi tarikan pelancong dari dalam dan luar negeri.

Menurutnya, ini kerana selain Terowong Naga terpanjang di dunia, pelbagai cerita sejarah terdapat di pusat pelancongan berkenaan.

"Ukiran dan lukisan yang dihasilkan begitu unik dan kreatif malah patung-patung yang ada pula mempunyai cerita tersendiri.

"Justeru, pusat pelancongan ini boleh berkembang dan menerima kedatangan pelancong dari seluruh dunia untuk melihat keunikan yang ada," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Larian Naga Terpanjang di Pusat Pelancongan Lao Zi anjuran Local Agenda 21 di sini.

Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Semambu, Datuk Pang Tsu Ming, Pengasas Pusat Pelancongan Lao Zhi, Kui Wai Pong dan Pengarah Lembaga Pengalakkan Pelancongan Negeri Pahang, Amran Abdul Rahman.

Bagaimanapun,James berkata, pusat pelancongan yang masih dikelilingi dengan suasana alam semula jadi itu wajar dinaik taraf supaya persekitaran menjadi lebih kondusif untuk pelancong.

"Daripada pemerhatian saya, Terowong Naga unik itu perlu diperkemaskan lagi dengan membina bumbung selain lantai perlu lebih kukuh.

"Justeru, saya berharap, pihak yang berkaitan boleh membantu dari segi pembangunan selain promosi giat juga dilaksanakan," katanya.

Katanya, pusat pelancongan bersepadu itu akan disenaraikan sebagai salah satu tempat pelancongan dalam program Cuti-Cuti Malaysia yang dipromosikan di luar negara.

Pada tahun lalu, Malaysia menerima 24.6 juta kedatangan pelancong asing dengan jumlah pendapatan RM56.5 billion.

Full content generated by Get Full RSS.

» selanjutnya...

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved