Rabu, 5 Oktober 2011

SH

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Sempat bertemu ibu

Posted: 04 Oct 2011 05:00 PM PDT

Sempat bertemu ibu

BENTONG – Seorang calon Penilaian Menengah Rendah (PMR) sebuah sekolah menengah dekat sini tidak sempat menduduki kertas peperiksaan Pendidikan Islam selepas maut dalam kemalangan petang semalam.

Lebih memilukan mangsa, Muhamad Muhaimin Nordin, 15, sempat pulang bertemu dengan ibunya di Felda Lurah Bilut dekat sini selepas selesai menduduki kertas peperiksaan Bahasa Melayu 1 dan 2 sebelum ke sekolah semula untuk menduduki kertas peperiksaan ketiganya.

Ayah mangsa, Nordin Zainudin, 46, berkata, Muhamad Muhaimin merupakan anak kedua dari tiga adik beradik.

Menurutnya, dia menerima panggilan telefon berhubung kejadian kemalangan yang melibatkan anaknya itu kira-kira jam 2.00 petang ketika dia berada di Bandar Bentong.

"Kali terakhir saya berjumpa anak saya ialah ketika dia bersiap-siap ke sekolah awal pagi tadi untuk menduduki peperiksaan pertama iaitu Bahasa Melayu Kertas 1 dan 2.

"Sepatutnya, dia tidak perlu pulang ke rumah selepas selesai peperiksaan lebih kurang 12 tengahari memandangkan terdapat satu lagi kertas peperiksaan perlu diduduki iaitu pada jam 2.30 petang," katanya kepada Sinar Harian.

Nordin berkata, dia tidak pasti mengapa anaknya begitu bersungguh pulang ke rumah dan kemudian berjumpa isterinya di tempat kerja sebelum bergerak semula ke sekolah.

Menurutnya, tiada sebarang kelakuan pelik yang ditimbulkan oleh anaknya itu sebelum kejadian berlaku selain bersungguh mahu berjumpa isterinya.

Tinjauan :Sinar Harian: di Rumah Mayat Hospital Bentong mendapati suasana pilu menyelubungi.

Kebanyakan ahli keluarga, saudara mara, rakan-rakan, guru dan kakitangan Pejabat Pelajaran Bentong hadir selepas mendengar kejadian yang berlaku.

Mayat mangsa dikebumikan di Tanah Perkuburan Lurah Bilut dekat sini selepas semua urusan selesai.

Dua kenderaan terlibat

Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Daerah Bentong, Deputi Superintendan Mohamad Mansor Mohd Noor berkata, kemalangan berlaku di Kilometer 7.5 Jalan Raub ke Bentong berhampiran sebuah kilang memproses getah.

Menurutnya, kemalangan melibatkan dua buah kenderaan iaitu sebuah lori jenis Nissan bersama seorang kelindan dan sebuah motosikal jenis Honda EX5.

"Kedua-dua kenderaan dalam perjalanan dari arah Raub ke Bentong dan setibanya di tempat kejadian, motosikal yang ditunggang mangsa dipercayai bergesel dengan tayar belakang sebelah kanan lori ketika cuba memotong.

"Mangsa kemudian terjatuh dan kemudiannya terkena tayar bahagian belakang," katanya.

Mohamad Mansor berkata, akibat kejadian itu mangsa mengalami kecederaan parah di kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Menurutnya, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan masih diteruskan.

» selanjutnya...

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved