Ahad, 9 Oktober 2011

SH

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Pelabur demo tuntut hak

Posted: 08 Oct 2011 05:00 PM PDT

Pelabur demo tuntut hak IPOH – Para pelabur sebuah syarikat bertindak mengadakan demonstrasi di hadapan pejabat syarikat itu bagi menuntut semula hak mereka ke atas skim pelaburan emas yang dilaburkan sejak 2006 hingga 2009.

Hampir 100 pelabur yang mengambil bahagian dalam demonstrasi ini, semalam bertindak sedemikian memandangkan mereka amat memerlukan wang bagi menyambut perayaan Deepavali pada 26 Oktober depan.

Naib Pengerusi Pemuda DAP Negeri, Chong Chee Khing berkata demonstrasi itu diadakan bagi mendesak pengarah syarikat itu untuk menunaikan janji supaya mengembalikan semula wang pelabur seperti mana yang dijanjikan pada Ogos lalu.

Ogos lalu, beberapa buah akhbar tempatan melaporkan syarikat terbabit berjanji akan bayar semula wang sebanyak RM411.19 juta kepada 6,740 pelabur yang menyertai skim berkenaan.

"Bagaimanapun, pelabur masih belum menerima wang pelaburan sehingga hari ini (semalam)," katanya ketika ditemui di lokasi, semalam.

Demonstrasi selama 20 minit itu berakhir apabila pihak polis hadir mengawal keadaan.

Berikutan itu, Chee King menasihatkan supaya orang awam tidak terpedaya dengan skim cepat kaya semata-mata untuk memperoleh keuntungan singkat.

"Sebelum ini, kami pernah menerima pelbagai aduan berhubung pelaburan wang membabitkan pawah cacing, kasino serta perusahaan sarang burung.

"Lazimnya, golongan yang menjadi sasaran adalah warga emas kerana mereka mempunyai jumlah simpanan wang yang banyak untuk melakukan pelaburan," katanya.

Sehubungan itu, beliau menasihati orang ramai supaya menyelidik dulu latar belakang syarikat yang menawarkan skim pelaburan.

"Sebaik-baiknya orang ramai memilih institusi kewangan yang diiktiraf Bank Negara Malaysia (BNM) jika mereka benar-benar ingin membuat pelaburan secara sah serta mendapat pulangan yang baik tanpa ditipu," katanya.

» selanjutnya...

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved