Selasa, 11 Oktober 2011

SH

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

RM110 j pinjaman lanjut pelajaran

Posted: 10 Oct 2011 05:00 PM PDT

RM110 j pinjaman lanjut pelajaran KUALA TERENGGANU – Yayasan Terengganu (YT) memperuntukkan RM110 juta bagi membiayai bantuan pinjaman pendidikan rakyat di negeri ini yan:g melanjutkan pengajian mereka ke institusi pengajian tinggi tempatan dan luar negeri sepanjang tahun ini.

Ahli Lembaga Pemegang Amanah YT yang juga Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mazlan Ngah berkata, bantuan yang disediakan itu melibatkan 3,400 pelajar dan mereka juga layak menerima pelepasan bayaran balik pinjaman jika berjaya memperoleh purata nilai gred keseluruhan (CGPA) 3.75 ke atas.

Menurutnya, sebelum ini bagi pelajar yang mendapat CGPA 3.5 dan ke atas, secara automatik pinjaman mereka akan ditukarkan kepada biasiswa, bagaimanapun untuk menggalakkan pelajar bersaing secara sihat dan mencapai kecemerlangan dalam pengajian mereka, Kerajaan Negeri mengambil keputusan menaikkan CGPA kepada 3.75.

"Tahun lalu sahaja, seramai 168 orang mendapat ijazah kelas pertama dengan memperoleh CGPA 3.5 ke atas, maka dengan kenaikan itu dirasakan amat bersesuaian dengan penghargaan yang diterima mereka.

"Selain itu, ia juga bertujuan menyelaraskan syarat penganugerahan pelajar yang mendapat ijazah kelas pertama di institut pengajian tinggi (IPT) di seluruh negara yang berbeza antara satu sama lain," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang YT di Primula Hotel, di sini semalam. Hadir sama, Pemangku Pengarah YT, Zakaria Yusof dan pegawai kanan YT.

Sementara itu, Mazlan berkata, YT amat berpuas hati dengan kutipan baya�ran balik pinjaman pelajaran yang dikeluarkan kepada pelajar sebelum ini dengan memperoleh kutipan tertinggi sebanyak RM12 juta untuk tahun ini.

"Alhamdulillah, kutipan yang diterima untuk tahun ini meningkat sebanyak 25 peratus dan ini membuktikan mereka (pelajar) menunaikan tanggungjawab selepas menamatkan pengajian mereka," katanya.

Pada majlis itu, seramai 28 kakitangan YT menerima anugerah perkhidmatan cemerlang, 11 menerima insentif lama berkhidmat dan turut meraikan empat pegawai yang bersara sepanjang 2011.

Full content generated by Get Full RSS.

» selanjutnya...

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved