Sabtu, 8 Oktober 2011

SH

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Tunggakan air KHTP meningkat RM5 juta

Posted: 07 Oct 2011 05:00 PM PDT

Tunggakan air KHTP meningkat RM5 juta ALOR SETAR - Tunggakan bil air membabitkan beberapa buah kilang di Kulim Hi-Tech Park (KHTP) yang mempertikai kadar tarif baru yang diumumkan sejak Oktober lalu, kini mencecah RM5 juta, berbanding RM1.58 juta bagi tempoh Oktober 2010 hingga Julai 2011.

Pegawai Perhubungan Awam Syarikat Air Darul Aman (Sada), Rofedi Sulaiman berkata, sebahagian daripada 15 kilang dengan 21 akaun didapati masih gagal melunaskan bil menggunakan tarif baru, menyebabkan tunggakan meningkat.

"Buat masa ini, Sada masih menunggu keputusan mesyuarat yang akan diadakan antara Sada, Akta Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (Span) dan Unit Perancang Ekonomi Negeri (Upen), sama ada KHTP tertakluk pada tarif baru atau sebaliknya," katanya.

Menurutnya, berdasarkan notis sebelum ini, Sada bertegas membuat pemotongan bekalan air selepas 9 September, namun pihaknya bertolak ansur selepas menerima surat rayuan daripada pengilang terbabit.

"Saya harap pengilang ambil tindakan yang tepat dengan melunaskan tunggakan terlebih dahulu, sekiranya ada lebihan pembayaran selepas penyelarasan dibuat kelak, kita akan pulangkan kepada pengilang," katanya.

Rofedi berkata, sepanjang tempoh itu, Sada tidak berhasrat membuat pemotongan bekalan air sehingga keputusan dicapai, namun tindakan akan diambil sekiranya masalah ini berterusan.

"Kita tidak ambil tindakan bukan sebab tunduk pada tuntutan mereka, sebaliknya tertakluk pada arahan Span. Saya harap mesyuarat itu diadakan segera kerana banyak pihak tersepit ekoran masalah yang berlarutan ini," katanya.

Rofedi turut mengumumkan penutupan loji di KHTP selama 14 jam, bermula 10 pagi, hari ini (9 Okt) bagi menaik taraf loji sedia ada.

"Penutupan loji tiada kaitan dengan masalah tunggakan, sebaliknya ia terpaksa dibuat bagi melakukan kerja-kerja penyelenggaraan selain menukar peralatan lama. Notis pemberitahuan penutupan loji sudah dimaklumkan pada pengilang, saya harap ia tidak dijadikan isu konon Sada sengaja memotong bekalan air kerana tunggakan di sana," katanya.

Menurutnya, kerja-kerja naik taraf tidak boleh ditangguh lagi kerana pihaknya bimbang berlaku kerosakan lebih teruk.

Pada 26 Ogos lalu, Sada mendedahkan keengganan beberapa pengilang di KHTP membayar bil air berdasarkan tarif baru, hingga menyebabkan berlaku tunggakan mencecah RM1.58 juta.

» selanjutnya...

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved